Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jurujual Maut Kereta Terjunam Lereng Bukit Tepi Lebuh Raya

Sofea
jurujual maut kereta terjunam
Kredit: JBPM

Jurujual Maut Kereta Terjunam Lereng Bukit Tepi Lebuh Raya

SEREMBAN, 14 Nov (Bernama) — Seorang jurujual lelaki maut selepas kereta Honda Accord dipandunya hilang kawalan dan terjunam ke lereng bukit di KM267.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi semasa mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka.

“Siasatan awal mempercayai pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang sebelah kiri lebuh raya sebelum kereta itu terjunam ke bawah lereng bukit setinggi kira-kira 60 meter.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azahar berkata mayat dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nor Fadzilah Mohd Zainuddin menerusi talian 019-4611794 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA