Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Calon PKS DUN Kiulu Pengsan

Sofea
calon pks pengsan
Kredit: Bernama

Calon PKS DUN Kiulu Pengsan

KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) — Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Dusi Gingging pengsan ketika proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Seri Sulaman, Tuaran hari ini.

Dusi tiba di pusat penamaan calon itu pada 7.30 pagi.

Calon Barisan Nasional bagi DUN Sulaman Dr Shahnon Rizal Thaijuddin dan calon Parti Warisan (Warisan) Lee Han Kyun @ Joseph Lee membantu Dusi sebelum ketibaan pasukan perubatan.

Wakil calon menyerahkan borang pencalonan Dusi yang dibawa ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Sumber: BERNAMA