Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ribut Landa Sendayan, Beberapa Buah Rumah Alami Kerosakan
Kejadian ribut kuat di Sendayan, Negeri Sembilan pada petang tadi menyebabkan rumah penduduk mengalami kerosakan.
Menerusi beberapa video dan gambar yang tular di media sosial, dapat dilihat keadaan ketika ribut itu berlaku.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Pada petang tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk di Negeri Sembilan.
Terdahulu, MetMalaysia juga memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula semalam dijangka berterusan hingga Mac tahun depan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi negeri terawal diramal mengalami hujan lebat berterusan.
“Apabila memasuki Disember dan Januari, hujan berterusan dijangka tertumpu di selatan Terengganu, Pahang dan Johor. Sabah dan Sarawak juga berpotensi menerima kesan bergantung kepada pergerakan monsun,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia Ambun Dindang
Sumber: Facebook