Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri dan semua Wilayah Persekutuan hingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
Manakala seluruh negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan dijangka hujan.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Sementara di Terengganu hanya Dungun dan Kemaman.
“Bagi Pahang, daerah yang diramal hujan seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera. Beberapa daerah di Johor termasuk Tangkak, Segamat dan Muar juga diramal berdepan cuaca buruk.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
“Manakala di Sabah pula seperti Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia