Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Rare”, Cara Peniaga Char Kuetiau Ambil Pesanan Buat Pelanggan Terpegun

Azizah Najib
tulisan tangan pak cik
Kredit: Orang awam
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Rare”, Cara Peniaga Char Kuetiau Ambil Pesanan Buat Pelanggan Terpegun

Umum bersetuju, tulisan tangan doktor merupakan tulisan yang paling sukar untuk dibaca. Tulisan mereka cukup ‘berseni’ hingga ada masanya kelihatan umpama membuat contengan pada kertas.

Hakikatnya, setiap lekukan dan garisan yang kelihatan berselirat itu sebenarnya membentuk nama ubat. Apa yang lagi mengejutkan, tulisan berkenaan dapat difahami para doktor hanya dengan sekali pandang.

Berlainan pula pengalaman TikToker, Nurul Asyiqin yang ditakdirkan berpeluang melihat tulisan tangan seorang penjual apabila mengunjungi sebuah gerai char kuetiau di utara tanah air.

Ketika ingin membuat pesanan, seorang pak cik berbaju melayu lengkap dengan kopiah muncul sambil memegang kertas dan pen. Saat lelaki tersebut mula menulis pesanan yang dibuat, semua mata tertancap pada tulisan tangan di atas kepingan kertas itu.

Dengan pantas, tangannya menggerakkan pen sambil menghasilkan bentuk huruf yang tidak hanya sukar dibaca, malah tidak pernah dilihat sebelum ini. Semakin lama, kertas pesanan semakin dipenuhi garisan dan lekukan yang tidak dapat dikenal pasti bentuk hurufnya.

Rare tulisan pak cik ni. Kita memang teruja bila nak makan kat sini sebab nak tengok tulisan dia ja. Semoga sihat selalu, pak cik,” ujar wanita tersebut.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan salah seorang pekerja di gerai Char Kuey Teow Arif Kampung Pelet.

Tulisan ringkas atau stenografi

Video berdurasi 23 saat itu tidak hanya mencuri perhatian, malah menjadi tempat netizen mengetahui sesuatu yang baharu. Rupa-rupanya, tulisan tersebut merupakan tulisan trengkas yang dipelajari dalam bidang kesetiausahaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum melihat lelaki berkenaan mengambil pesanan menggunakan tulisan trengkas. Malah, tidak kurang juga yang berjenaka.

“Ambil pesanan pun pakai tulisan trengkas,” kagum netizen.

“Tukang bancuh air dan tukang masak kat belakang (cekak pinggang),” usik seorang lagi.

“Tukang masak baca pesanan: paracetamol,” seloroh yang lain.

BACA: Mat Saleh Guna Apollo Buat Kek Hari Lahir Anak Raih Perhatian

BACA: Mudah Merebak, Ibu Kongsi Pengalaman Sebenar Jaga Anak Pembawa “Superbug”

BACA: Lelaki Indonesia Puji Tempat Bersejarah Di Kuala Pilah

Sumber: TikTok @ikinfafau