Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Elak Renjatan Elektrik Ketika Banjir: Panduan Lindungi Soket dan Peralatan Rumah
Apabila musim tengkujuh tiba, rakyat Malaysia sudah lali dengan amaran cuaca, hujan tanpa henti dan paras air yang naik mendadak.
Walaupun ramai yang bersedia untuk menghadapi limpahan air, ancaman paling senyap dan paling berbahaya sebenarnya bukan air banjir itu sendiri tetapi risiko renjatan elektrik yang boleh berlaku dalam sekelip mata.
Bahaya ini sering diabaikan kerana perhatian ramai lebih tertumpu kepada menyelamatkan perabot, pakaian dan dokumen penting.
Dalam keadaan panik, sistem elektrik rumah mudah terabai sekali gus meningkatkan kemungkinan litar pintas, percikan api dan renjatan yang boleh mengancam keselamatan penghuni.
Malah soket, kabel dan peralatan elektrik yang terdedah boleh menjadi sumber bahaya utama terutamanya jika langkah pencegahan tidak diambil segera.
Artikel ini menghimpunkan panduan lengkap dan langkah DIY kalis air sementara untuk mengurangkan risiko elektrik ketika banjir.
Ia bukan sekadar tip biasa tetapi gabungan hack praktikal, langkah keselamatan profesional dan idea DIY yang membolehkan anda melindungi diri, keluarga serta harta benda dengan lebih berkesan dan teratur.
Soket elektrik yang berada pada paras rendah adalah antara bahaya paling kritikal semasa banjir kerana ia mudah terendam atau terkena percikan air.
Untuk perlindungan segera, anda boleh membalut soket dengan plastik tebal seperti beg sampah industri, plastik pembalut barang atau plastik kedap udara.
Pastikan hujung plastik dilekatkan dengan duct tape dengan ketat supaya tiada ruang udara terbuka yang membenarkan air meresap masuk.
Langkah DIY ini bukan sahaja menghalang air terus mengenai wayar tetapi juga memberi anda sedikit masa tambahan untuk mematikan main switch atau mengalihkan peralatan elektrik lain ke tempat lebih selamat.
Walaupun kelihatan mudah, tindakan awal ini mampu menyelamatkan peralatan mahal dan yang lebih penting nyawa penghuni rumah.
2. Gunakan span tebal dan plastik
Untuk perlindungan tambahan, teknik yang jarang digunakan ini boleh membantu melambatkan air daripada terus sampai ke soket.
Potong span tebal seperti span tilam nipis atau span akustik mengikut saiz soket atau kawasan bawah dinding yang berisiko.
Kemudian balut span dengan plastik tebal dan lekatkan dengan duct tape. Span ini akan bertindak sebagai penampan, menyerap air sedikit demi sedikit sebelum ia mencapai soket serta memberikan ruang masa tambahan untuk bertindak.
Kaedah ini sangat berguna jika banjir naik perlahan dan memberikan anda peluang untuk menguruskan tindakan keselamatan lain tanpa panik.
Langkah ini sering dilupakan tetapi ia sangat penting untuk mengelakkan renjatan elektrik. Ramai orang beranggapan menutup suis sudah cukup sedangkan plug yang masih berada dalam soket boleh menjadi laluan elektrik apabila terkena air.
Dengan mencabut semua plug, gulungkan kabel dan memastikan semua suis berada dalam keadaan off, anda telah memutuskan aliran elektrik secara fizikal.
Ianya sekaligus mengurangkan risiko litar pintas atau renjatan. Oleh itu, tiada aliran elektrik yang boleh menyebabkan kemalangan serius walaupun air telah mula naik.
4. Naikkan dan gantung kabel pada tempat tinggi
Selain itu, kabel yang berselirat di lantai atau yang digantung rendah juga boleh menjadi punca renjatan ketika banjir walaupun peralatan sudah dimatikan.
Untuk keselamatan yang maksimum, angkat semua kabel sambungan dan gantungkan pada tempat tinggi seperti bingkai tingkap, para kabinet atau paku dinding yang kukuh.
Langkah ini memastikan kabel tidak bersentuhan dengan air banjir yang mungkin tiba-tiba naik serta memudahkan anda untuk memindahkan peralatan elektrik dengan cepat tanpa risiko tersentuh arus elektrik.
Teknik mudah ini juga membantu untuk memastikan kabel tidak rosak akibat terendam atau dipijak ketika keadaan kecemasan.
Peralatan elektrik kecil seperti router, modem, set-top box, speaker, microwave atau laptop mudah rosak apabila terkena percikan air atau kelembapan yang tinggi.
Sebagai langkah perlindungan sementara, masukkan peralatan ini ke dalam beg plastik besar, kotak kedap udara, atau plastik storage tebal.
Kemudian lilit bahagian hujung dengan tape sehingga rapat. Walaupun ini bukan penyelesaian jangka panjang, ia dapat membantu untuk mencegah kerosakan ketika air banjir masih belum terlalu tinggi dan membolehkan anda menyelamatkan peralatan yang mahal tanpa panik.
Teknik ini juga memudahkan anda menyusun peralatan untuk dipindahkan ke zon selamat dengan lebih cepat.
6. Letakkan peralatan kecil di atas foam board pelampung
Untuk menambah perlindungan, peralatan ringan boleh diletakkan di atas foam board atau papan polisterin yang bertindak sebagai pelampung sementara.
Foam board ini akan mengangkat peralatan beberapa sentimeter dari lantai jika air naik perlahan serta melindungi barang daripada terus direndam.
Kaedah ini sangat sesuai untuk router, speaker kecil, TV box, printer mini atau barang elektrik lain yang mudah rosak.
Selain memberikan perlindungan fizikal, teknik ini juga membolehkan anda melihat peralatan dengan jelas semasa anda menguruskan keselamatan rumah lain.
Semasa banjir besar, kelembapan boleh naik sehingga ke bahagian atas rumah termasuk kepala kipas siling, junction box dan pendawaian lampu.
Walaupun jarang disentuh, wap air ini boleh merosakkan pendawaian dan menyebabkan litar pintas selepas banjir. Untuk mengatasinya, bungkus bahagian ini menggunakan beg ziplock besar atau plastik kedap udara sementara.
Langkah mudah ini akan membantu menghalang air dan kelembapan daripada terus masuk ke sistem elektrik di bahagian atas rumah.
Tindakan ini sekali gus dapat mengurangkan risiko percikan api atau kerosakan ketika bekalan elektrik dipulihkan semula.
8. Gunakan sacrificial plug sebagai penutup soket kosong
Teknik ini jarang dibincangkan tetapi berkesan untuk mencegah air memasuki soket yang tidak digunakan. Ambil plug lama atau rosak dan masukkan ke dalam soket kosong sebagai penutup fizikal sementara.
Walaupun tidak 100% menahan air, ia membantu untuk mengurangkan kemasukan air terus ke dalam pendawaian. Ianya sekali gus dapat mengurangkan risiko renjatan dan kerosakan elektrik.
Teknik ini sesuai digunakan apabila terdapat soket yang tidak boleh dicabut atau berada di kawasan yang sangat mudah terkena air.
Di samping itu, sediakan juga satu rak atau kawasan khas pada paras tinggi untuk menempatkan semua peralatan elektrik penting sebelum banjir berlaku.
Zon ini boleh berada dekat tingkap, pintu atau lokasi strategik yang mudah dicapai. Apabila air banjir naik, anda hanya perlu alihkan peralatan ke zon tinggi ini tanpa perlu mencari-cari barang satu persatu.
Langkah ini menjadikan proses menyelamatkan peralatan elektrik lebih cepat, sistematik dan selamat sambil meminimumkan risiko kerosakan dan renjatan.
10. Matikan suis utama (main switch) jika air mula naik
Ini adalah langkah paling penting dan paling kritikal untuk keselamatan nyawa. Sebaik sahaja air mula mencecah soket rendah atau kawasan elektrik, terus pergi ke kotak DB dan matikan main switch rumah.
Tindakan ini akan memutuskan aliran elektrik sepenuhnya serta memastikan tiada risiko renjatan semasa anda memindahkan barang atau menyelamatkan keluarga.
Ramai orang yang mengabaikan langkah ini kerana terlalu fokus menyelamatkan barang namun tindakan pantas mematikan main switch adalah penyelamat sebenar ketika banjir.
Oleh itu, renjatan elektrik ketika banjir bukan perkara kecil. Ia berlaku senyap-senyap tanpa tanda amaran dan boleh mengancam nyawa.
Dengan beberapa langkah DIY yang mudah, anda sebenarnya sudah melakukan langkah paling kritikal untuk menjaga keselamatan keluarga.
Banjir boleh datang tiba-tiba tetapi keselamatan elektrik tidak boleh dipandang ringan. Lindungi rumah anda bukan sahaja daripada air tetapi juga daripada risiko yang tersembunyi di sebalik dinding.
Sumber : tnb.com.my,electricalsafetyfirst
BACA : Cermin Kereta Pecah Kerana Mesin Rumput? Ikuti Langkah Ini