Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Kuat Landa Luar Pantai Barat Utara Sumatera
Satu gempa bumi kuat 6.5 magnitud dilapor telah berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera pada jam 12:56 tengah hari, 27 November 2025.
Pusat gempa terletak di koordinat 2.7° Utara dan 95.9° Timur dengan jarak 8 kilometer (km) Selatan dari Simeulue, Indonesia pada kedalaman 57km.
Menurut MetMalaysia, gegeran turut dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia
Sehubungan itu, jabatan itu turut memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik.
Sebelum ini, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan ribut berkenaan berisiko melanda Aceh dalam tempoh 24 jam selepas dikesan di Selat Melaka.
CNN Indonesia pada Rabu melaporkan perkara berkenaan disahkan oleh Pengarah BMKG, Teuku Faisal Fathani berdasarkan analisis atmosfera.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia