Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hari Konvo Bertukar Cemas, Graduan Perubatan UPM Bantu Warga Emas Rebah Luar Dewan

Fazidi
GRADUAN PERUBATAN UPM WARGA EMAS
Universiti Putra Malaysia

Hari Konvo Bertukar Cemas, Graduan Perubatan UPM Bantu Warga Emas Rebah Luar Dewan

Seorang graduan doktor perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak menyangka Hari Konvokesyen Ke-49 yang dihadirinya bertukar menjadi detik cemas yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Muhammad Husni Abu Bakar dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) secara tidak disangka membantu memberikan rawatan awal kepada seorang warga emas yang rebah sejurus beliau keluar dari dewan.

Pengalaman luar biasa yang dilalui oleh Husni itu dikongsikan oleh UPM menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi universiti, hari ini.

“Tindak balas pantasnya menilai keadaan mangsa menggunakan prinsip asas kecemasan ABC, membantu melancarkan pernafasan serta mengurus kawasan sekitar menarik perhatian ramai.

“Dengan bertenang dan menggunakan ilmu klinikal yang dipelajarinya, beliau menilai nadi, tahap respons dan keadaan pernafasan mangsa sebelum pihak keluarga membawa wanita tersebut ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata hantaran itu.

Menurut UPM, Husni turut menasihat orang ramai agar tidak panik apabila berdepan dengan situasi cemas seperti demikian.

Beliau turut menyarankan agar pemeriksaan asas dilakukan dan mendapatkan bantuan daripada mereka yang mempunyai kemahiran.

“Kini menjalani latihan siswazah perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak, minat Muhammad Husni terhadap bidang perubatan bermula sejak Tingkatan Tiga dan semakin kuat selepas kehilangan ayah akibat COVID-19.

“Kisahnya pada hari konvokesyen bukan sahaja menyerlahkan ketenangan dan keprihatinannya sebagai seorang graduan perubatan, tetapi turut menggambarkan jiwa seorang doktor muda yang mahu memberi perubahan kepada hidup orang lain.”

BACA: Pegawai Keluarkan Surat Mohon Pertimbangan Wajar Ditegur, Bukan Dipecat – PM

Sumber: Universiti Putra Malaysia