Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Seram, Dua Ekor Ular Sawa Besar & Panjang ‘Sembunyi’ Dalam Siling Kedai Motosikal

Athirah
Ular Sawa Besar Kedai Motosikal
Sumber: @rimo7018
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Seram, Dua Ekor Ular Sawa Besar & Panjang ‘Sembunyi’ Dalam Siling Kedai Motosikal

Fenomena ular masuk ke dalam rumah adalah perkara biasa dan pernah dilaporkan sebelum ini.

Ketika masuk ke rumah-rumah yang ada penghuni, haiwan itu cenderung bersembunyi di kawasan gelap dan terasing seperti di bawah katil, celah-celah dapur dan di atas siling rumah.

Situasi boleh jadi cukup berbahaya sekiranya tetamu tidak diundang itu tergolong dalam spesis berbisa dan berbahaya.

Sebarang pertembungan secara tidak sengaja mungkin boleh mengundang malapetaka yang kita semua tidak sanggup untuk bayangkan.

Apa yang menakutkan, kehadiran ular berbisa mahupun tidak ini tidak boleh dijangka, yang pastinya membuatkan kita meremang bulu roma.

Dua ekor ular sawa ‘sembunyi’ di dalam siling

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua ekor ular sawa bersaiz besar dan panjang hampir terjatuh dari siling sebuah kedai motosikal di Butterworth, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @rimo7018 di TikTok, pada awalnya individu tersebut ingin mengambil topi keledar di dalam bilik stor. Namun, ketika hendak menutup semula pintu, ia tiba-tiba tersangkut dan tidak dapat ditolak.

Lebih mengejutkan, haiwan itu kelihatan tersembunyi di dalam siling kedai dan hampir terjatuh, sekali gus mencetuskan panik serta ketakutan kepada semua yang berada di sekitarnya.

Turut dapat dilihat sepasukan anggota bomba bertungkus-lumus dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular sawa terbabit.

Video berdurasi 59 saat itu memaparkan ular pertama membelit badannya pada sebatang kayu sebelum diheret keluar oleh anggota bomba.

Manakala ular kedua yang bersaiz besar dilihat agak sukar untuk dikeluarkan, memerlukan beberapa anggota bomba bekerjasama sebelum akhirnya berjaya membawanya keluar dari kawasan kedai.

Ramai memberi pelbagai reaksi selepas melihat video berkenaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen tentang saiz ular tersebut.

“Cara dia tergantung dari siling tu terbayang anaconda… ni dah pun dah besar. Takutnya,” komen seorang wargamaya.

“Dari mana dia masuk? Aduh seram pula nak tidur,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: “Tak Tahu Nak Buat Apa Lepas 3 Hari,” Lelaki Rusia Hairan Kenapa Malaysia Jadi Tumpuan Pelancong

Sumber: @rimo7018