Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Israel Berdepan Krisis, Ramai Tentera IDF Pilih ‘Angkat Kaki’
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) kini berdepan krisis besar melibatkan kekurangan anggota, berdasarkan data terbaharu yang didedahkan pada Ahad.
Difahamkan, situasi ini sekali lagi membangkitkan kebimbangan dalam kalangan kepimpinan tentera mengenai ketidakcukupan pegawai dan anggota berpengalaman.
Laporan Channel 12 mendedahkan IDF kekurangan kira-kira 1,300 pegawai berpangkat leftenan dan kapten, selain 300 pegawai berpangkat major.
Lapor media tempatan, kajian dalaman IDF menunjukkan kemerosotan ketara dalam minat untuk kekal dalam kerjaya tentera.
Difahamkan, hanya 63 peratus pegawai berminat meneruskan khidmat, berbanding 83 peratus pada 2018. Manakala, dalam kalangan pegawai tidak bertauliah, hanya 37 peratus mahu kekal, turun daripada 58 peratus pada 2018.
IDF sejak bertahun-tahun bergelut mengekalkan anggota kerana sektor awam menawarkan pendapatan lebih tinggi dan tekanan kerja yang lebih rendah.
Namun, keadaan menjadi semakin teruk apabila ramai dipercayai mengalami keletihan akibat perang dan merasakan keadaan perkhidmatan semakin merosot.
Selain itu, mereka dipercayai turut berdepan tekanan politik serta tidak puas hati terhadap pelantikan baharu dalam kepimpinan tentera.
Awal bulan ini, pegawai kanan Direktorat Sumber Manusia IDF memaklumkan kepada penggubal undang-undang bahawa kira-kira 600 anggota kerjaya memohon bersara awal.
“Memang ada jurang. Untuk menutup jurang ini, kami terpaksa mempromosikan pegawai muda yang kurang pengalaman.
“Kami juga melihat kadar pemilihan pegawai semakin menurun. Menjelang 2028, IDF perlu melantik 400 leftenan kolonel daripada hanya 500 calon yang ada. Lebih membimbangkan, jumlah calon itu dijangka semakin berkurangan.
“Hasil tinjauan turut menunjukkan anggota pada semua peringkat mengalami ‘burnout’,” kata Brig. Jen. Amir Vadmani kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Knesset.
Difahamkan, menurut media tempatan, IDF dipercayai memerlukan 12,000 rekrut baharu dengan segera untuk menangani tekanan terhadap pasukan sedia ada dan simpanan.
BACA: Beberapa Hari Tahan Lapar, Mangsa Banjir Aceh Mohon Bantuan PM Anwar
Sumber: The Times of Israel