Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Tujuh Negeri Petang Ini

Azizah Najib
Hujan ribut enam negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Tujuh Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan tujuh negeri sehingga jam 4 petang ini.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan tersebut meramalkan cuaca buruk di kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan lebat, ribut petir dijangka melanda beberapa daerah di Perak, meliputi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Bagan Datuk. Begitu juga Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong turut dijangka bakal menerima hujan lebat dan angin kencang,” maklum jabatan berkenaan.

Sementara itu, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat, angin kencang bakal melanda daerah Sabak Bernam di Selangor.

Keadaan di Sabah menunjukkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir berkemungkinan melanda daerah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Ribut petir enam negeri
Kredit: MetMalaysia

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar tidak berada di lokasi berisiko serta sentiasa peka dengan pengumuman terkini di laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Terdahulu, media melaporkan banjir kilat berlaku di sekitar Hulu Langat, Selangor berikutan hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi.

Susulan kejadian itu, beberapa orang pelajar sekolah menengah di kawasan sekitar yang dijadualkan menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) pagi tadi turut terjejas.

Dengan bantuan orang ramai, para pelajar sempat tiba di sekolah dengan menaiki lori sebelum peperiksaan bermula.

Menerusi siaran langsung yang dibuat oleh penduduk di kawasan terjejas, air yang naik turut mengakibatkan beberapa buah kenderaan hanyut.

Namun, dengan bantuan pihak bomba dan penyelamat, kenderaan berkenaan berjaya ditarik ke tempat yang selamat.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid04TrmT8pgnx4HsrBDNenFDoQW7Df5dyh4RUesxjJFkocEBfxXb4EThktaqJK2GMUil&id=100064809693702

BACA: Banjir Kilat Landa Hulu Langat, Penduduk Siar Secara Langsung

BACA: Dewan Rakyat Hari Ini Dijangka Hangat Dengan Usul Menggantung Takiyuddin Enam Bulan

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)