Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menakjubkan, Masjid Di Aceh Kekal Berdiri Teguh Selepas Dilanda Banjir Besar 

Masjid Di Aceh Berdiri Teguh
Kredit: @joe_sastra

Menakjubkan, Masjid Di Aceh Kekal Berdiri Teguh Selepas Dilanda Banjir Besar

Sebuah masjid di Aceh terus kekal teguh walaupun kawasan sekitarnya teruk dilanda banjir besar, lapor portal iNews.

Ia merupakan satu fenomena menakjubkan tergambar dalam sebuah video yang tular sehingga menarik perhatian warga maya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @joe_sastra menunjukkan masjid bercat putih itu berdiri megah sedangkan bangunan di sekitarnya rata-ratanya dinaiki lumpur akibat banjir.

@joe_sastra berkata lokasi masjid tersebut berada di Daerah Bener Meriah, Aceh.

Imej daripada rakaman dron memaparkan kesan teruk banjir dan tanah runtuh manakala Jambatan Lampahan pula dilaporkan putus sehingga menyebabkan akses pengangkutan terputus.

Walaupun situasi cemas di sekeliling, namun struktur masjid tidak retak atau rebah menjadi sesuatu yang mengejutkan ramai pihak.

Dalam masa sama, ramai orang berkongsi reaksi kagum di media sosial terhadap keteguhan masjid tersebut.

BACA: Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa 5 Negeri Hingga Awal Pagi Ini

Sumber: iNews