Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
punca gigi rosak
Kredit: ImageFX

Ramai Tak Sedar, Rupanya 5 Tabiat Ini Boleh Rosakkan Gigi

Azzwin

Ramai Tak Sedar, Rupanya 5 Tabiat Ini Boleh Rosakkan Gigi

Gigi ialah struktur keras yang ada di dalam mulut berfungsi untuk mengunyah dan menghancurkan makanan sebelum ditelan. Ia juga membantu pertuturan agar sebutan lebih jelas dan menyokong bentuk wajah.

Selain itu, ia juga memainkan peranan penting untuk penampilan diri. Gigi yang bersih, putih dan tersusun kemas dapat menaikkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang.

Disebabkan fungsinya yang penting, gigi perlu dijaga sebaik mungkin. Walaupun nampak kuat, struktur gigi sebenarnya mudah terjejas jika tidak dirawat dengan betul.

Tambahan pula, ramai yang masih tidak sedar ada beberapa tabiat harian boleh merosakkan gigi secara perlahan-lahan.

Justeru, SK akan kongsikan lima tabiat yang ramai buat tanpa sedar, yang boleh menjejaskan kesihatan gigi.

1. Tidak menukar berus gigi dalam tempoh yang lama

Menurut portal Parade, ini antara perkara yang paling penting untuk dibuat. Namun begitu, ramai yang tidak ambil peduli.

“Menukar berus gigi mengikut jadual yang betul membantu menjaga kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan,” kata pakar pergigian am dan kosmetik di klinik New York, Dr. Lauren Becker.

Persoalannya, bila sebenarnya masa yang sesuai untuk menukar berus gigi anda?

Dr. Becker menjelaskan yang ada beberapa tanda boleh diperhatikan, seperti bulu berus mula mengembang atau haus.

Selain itu, berus gigi juga perlu ditukar selepas anda jatuh sakit, atau dua hingga tiga bulan.

Jika tidak ditukar pada masa yang sesuai, anda berisiko gagal membersihkan bahagian celah gigi dan kawasan berhampiran gusi dengan sempurna.

“Hal ini boleh menyebabkan plak terkumpul dan menggalakkan pembiakan bakteria,” jelasnya lagi.

2. Berkumur selepas memberus gigi

Tabiat ini sangat biasa dilakukan dan nampak seperti amalan kebersihan yang betul, kerana rasa yang tidak selesa dengan sisa ubat gigi dalam mulut.

Untuk pengetahuan anda, tabiat ini sebenarnya perlu dielakkan.

“Berkumur akan menyingkirkan fluorida daripada ubat gigi yang sepatutnya kekal pada gigi selama beberapa jam untuk menguatkan enamel dan mencegah kerosakan

“Kelakuan ini saya panggil kesilapan ‘berkumur dan menyesal’ kerana ia seperti membuat perkara yang baik, tapi sebenarnya menghilangkan bahagian paling penting dalam rutin memberus gigi,” ujar pakar pergigian kosmetik dan hos Let’s Talk Smiles Podcast, Dr. Catrise Austin.

Menurutnya, lebih 80 peratus pesakit gigi melakukan perkara ini setiap hari, termasuk mereka yang sangat menjaga kesihatan.

Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, beliau menasihatkan supaya hanya meludah ubah gigi selepas memberus, tanpa berkumur agar fluorida dapat kekal pada permukaan gigi lebih lama.

3. Mengguna gigi sebagai pembuka atau pemotong

Menurut portal Parade, gigi tidak sepatutnya digunakan untuk membuka bungkusan makanan dan mengoyakkan tag pakaian.

Selain itu, Dr. Chimon turut menjelaskan yang kita tidak boleh menggunakan gigi untuk membuka penutup botol atau memecahkan kacang pistachio.

“Gigi tidak direka untuk menahan daya dan tekanan seperti itu, dan tabiat ini boleh menyebabkan gigi retak atau patah dalam masa yang singkat,” katanya.

4. Menggunakan produk berasaskan arang

Kebelakangan ini, produk berasaskan arang seperti ubat gigi arang sering dipromosikan sebagai cara semula jadi untuk memutihkan gigi.

Ramai yang tertarik mencuba kerana percaya ia mampu menanggalkan kotoran dan kesan kekuningan pada gigi.

Namun menurut pakar, kesannya tidak sebaik yang disangka.

“Arang bersifat kasar dan bahan ini sebenarnya boleh menghakis enamel gigi

“Bila enamel hilang, gigi jadi lebih sensitif, mudah rosak dan sukar dilindungi daripada bakteria,” tambahnya lagi.

Oleh itu, beliau nasihatkan agar mengelakkan ubat gigi atau produk penjagaan mulut yang mengandungi arang kerana ia boleh merosakkan lapisan pelindung semula jadi pada gigi dalam jangka masa panjang.

5. Tidur menggunakan bantal yang tidak sesuai

Dalam pada itu, pakar turut menasihatkan agar bantal yang digunakan menyokong kepala, leher, dan rahang dengan betul. Jika tidak, sebaiknya tukar kepada bantal yang lebih sesuai dengan segera.”

Menurut Dr. Catrise Austin, keadaan ini boleh meningkatkan risiko masalah sendi rahang, tabiat mengetap gigi ketika tidur, gangguan tidur seperti sleep apnea, serta kecederaan kecil pada gigi (microtrauma).

Kecedaraan kecil ini boleh menyebabkan lapisan enamel semakin haus, gusi menurun, dan tampalan atau lapisan veneer pada gigi menjadi retak.

“Saya sering berjumpa pesakit yang mengetap gigi atau bangun dengan rasa sakit pada rahang, tetapi mereka sedar bahawa puncanya datang daripada posisi tidur dan bantal yang digunakan,” kata Dr. Austin.

Jika anda rasa ini mungkin berlaku pada diri anda, beliau menyarankan supaya memilih bantal yang dapat menyokong dan memastikan kedudukan leher serta rahang kekal sejajar.

Nasihat doktor gigi disarankan untuk membuat pelindung gigi khas (nightguard) sekiranya anda kerap bangun dengan rasa sakit atau sakit kepala.

BACA: Pakar Dedah 5 Tabiat Harian Yang Boleh Rosakkan Otak Manusia

Sumber: Parade