Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Semua pusat servis Kia sedia ada akan terus beroperasi seperti biasa. Tempahan sedia ada diteruskan, tempahan baharu dibuka semula Januari 2026. Kia komited menyokong pembangunan ekonomi dan automotif Malaysia serta ASEAN.
Kia Corporation (Kia) dan Bermaz Auto Berhad (Bermaz) telah bersetuju untuk menamatkan kerjasama strategik mereka selepas empat tahun. Bermaz, melalui anak syarikatnya Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, sebelum ini merupakan pengedar tunggal kenderaan baharu dan terpakai Kia serta alat ganti di Malaysia.
Dengan termeterainya perjanjian antara Kia dan Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengambilalihan semula operasi oleh Kia menandakan permulaan baharu bagi jenama ini di Malaysia.
“Kia teruja untuk mengukuhkan semula kehadiran jenama kami di Malaysia. Kami yakin pendekatan berteraskan inovasi dan pelanggan akan menambah baik pengalaman peminat Kia di negara ini, sambil kami terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri automotif tempatan.
Kami komited berada di sini untuk jangka panjang dan sejajar dengan visi jenama ‘Movement That Inspires’, kami berazam membina masa depan dengan pengalaman baharu dan mobiliti mampan,” kata Presiden & CEO Kia Asia Pacific, Ki Seok Ahn.
Bermula 1 Januari 2026, Kia secara rasmi akan melaksanakan model operasi principal-led di Malaysia. Langkah strategik ini membolehkan Kia memimpin sepenuhnya aspek jenama, pemasaran, jualan, pengalaman pelanggan dan latihan di seluruh negara. Perubahan ini juga dijangka memberi kesan positif ke luar Malaysia, sekaligus memperkukuh hala tuju pertumbuhan Kia di rantau ASEAN.
Antara perkara yang boleh dijangka oleh industri automotif dan para peminat Kia melalui model baharu ini termasuk penambahbaikan rangkaian pengedar, pelaburan dalam perkhidmatan selepas jualan, serta pelancaran model-model baharu.
Kia Sales Malaysia Sdn Bhd akan dipimpin oleh Hyung Ho Kim sebagai Presiden dan CEO bermula Januari 2026, manakala Emily Lek menyandang jawatan Pengarah Urusan.
Jaminan Ketenteraman Untuk Pelanggan
Sepanjang tempoh peralihan ini, pelanggan Kia dijamin menerima perkhidmatan selepas jualan seperti biasa di semua Pusat Servis Kia yang sah. Tempahan yang dibuat sebelum 30 November akan dipenuhi seperti dijadualkan.
Sementara itu, tempahan baharu akan dihentikan sementara dari 1 hingga 31 Disember 2025 bagi memberi ruang kepada proses peralihan model principal-led. Pelanggan boleh membuat tempahan baharu bermula Januari 2026.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Bermaz Group atas dedikasi mereka terhadap jenama Kia sepanjang empat tahun ini serta proses penyerahan yang lancar. Operasi Kia di bawah model principal-led ini dilaksanakan pada masa yang tepat memandangkan pasaran kini mencari pengalaman dan nilai baharu daripada jenama automotif.
Kami hargai kesetiaan peminat Kia dan tidak sabar untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih menginspirasikan, seiring gaya hidup pemilik Kia masa kini,” kata Presiden dan CEO Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Hyung Ho Kim.
Bagi mengukuhkan semula hubungan dengan pasaran dan peminat, Kia akan memulakan kempen jenama baharu yang memberi keyakinan dan menjawab persoalan mudah: “Why a Kia?” atau dalam Bahasa Melayu, “Kenapa Pilih Kia?”
Untuk pertanyaan jualan, servis atau bantuan kecemasan 24 jam, pelanggan boleh menghubungi Sokongan Pelanggan Kia Malaysia di 1300 88 0133 atau e-mel ke [email protected]