Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Perginya Seorang Sahabat” – Ahmad Zahid
“Ya Allah… Luluh hati saya saat menerima khabar pemergian sahabat saya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat yang penuh kemuliaan ini”
Itulah luahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mendengar perkhabaran duka rakan seperjuangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada jam 1.46 pagi Jumaat tadi.
Menerusi satu coretan yang dimuat naik oleh Ahmad Zahid di Facebook jelas tidak dapat menahan sebak yang mendalam berikutan berita pemergian Allahyarham.
Bagi Ahmad Zahid, beliau menyifatkan Bung Moktar bukan sekadar rakan seperjuangan dalam arena politik namun lebih kepada sahabat susah senang.
“Hari ini, saya kehilangan seorang sahabat sejati yang begitu dekat di hati, seorang rakan seperjuangan yang sentiasa teguh berdiri di sisi dan seorang insan yang sentiasa setia menemani di setiap waktu senang dan susah.
“Sukar untuk saya mencari kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini. Yang tinggal hanyalah doa, mengiringi segala kenangan dan kebaikan yang telah beliau tinggalkan buat kami di dunia ini.
“Ya Allah, ampukanlah dosanya, terimalah segala amal baktinya, angkatlah darjat kebaikannya dan kurniakanlah untuknya nimat syurga-Mu yang abadi,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, beliau mewakili seluruh barisan kepimpinan UMNO, Barisan Nasional dan seluruh rakyat khususnya di Negeri Sabah berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dilimpahi keampunan, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta beramal soleh.
“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga kalian semua dikurniakan ketabahan, ketenangan dan kekuatan dalam melalui saat yang amat berat ini,” tulisnya lagi.
Sumber: Facebook Ahmad Zahid