Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Guru, Pekerja Kantin Maut SUV Jatuh Gaung Di Jalan Aring

Sofea
guru pekerja kantin
Kredit Gambar: PDRM Via Bernama

Guru, Pekerja Kantin Maut SUV Jatuh Gaung Di Jalan Aring

KUALA BERANG, 5 Dis (Bernama) — Sepasang bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Hassan Shazali, 52, dari Melor, Kota Bharu dan Suzaimah Che Azis, 34, dari Gua Musang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata lelaki itu bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, Gua Musang manakala pasangannya bekerja di kantin sekolah yang sama dan mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Dis ini.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat SUV jenis Toyota Fortuner terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang telah melalui jalan berkenaan yang ditutup akibat tanah runtuh. Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Sharudin berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA