Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hilang Dua Bulan, Remaja Akhirnya Ditemukan

Hannah
remaja hilang ditemukan
Gambar: Hazliz/FB

Hilang Dua Bulan, Remaja Akhirnya Ditemukan

Nur Qasehku Suhaimi Abdul Rahman, 15, yang dilaporkan hilang sejak 1 Oktober lalu akhirnya ditemukan selamat. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh ibunya menerusi satu hantaran di media sosial.

“Terima kasih orang baik, Nur Qasehku dah saya temui dalam keadaan baik. Syukur pada Allah temukan kami kembali. Qaseh dengan saya dah dapatkan rawatan sepatutnya.

“Terima kasih sepasang suami isteri yang hubungi saya jam 6.30 petang pada 6/12 kat Batu 9 Cheras. Saya bergegas ke Kuala Lumpur dan ambil anak saya kembali. Keadaan anak saya sihat, kurus sangat. Apa pun maaf saya susahkan banyak pihak. Berkat doa orang ramai syukur yang tak terhingga,” tulisnya.

Terdahulu, Polis Melaka turut memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan remaja perempuan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Nur Qasehku Suhaimi kali terakhir dilaporkan dilihat di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Seri Krubong 2 sebelum laporan polis dibuat pada 4 Nov lepas.

BACA: Dah Macam Drama, Akhirnya ‘Peel’ Suami Terbongkar

Sumber: Hazliz/FB