Soulful Spaces JOTUN: Warna Yang Menenangkan, Ruang Yang Menghidupkan Jiwa
Dalam dunia moden ini, kehidupan, perasaan dan hubungan kita amat dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling.
Menyedari hakikat ini, Jotun mengajak rakyat Malaysia untuk menghayati semula keindahan kehidupan melalui warna dengan pelancaran Koleksi Warna Global 2026 – ‘Soulful Spaces’.
Dilancarkan menerusi sesi eksklusif bersama media di The Yard, Sentul Depot, acara tersebut membawa para tetamu menyelami bagaimana warna membentuk emosi dan suasana.
Mereka berkesempatan meneroka ruang-ruang pameran yang diinspirasikan oleh konsep ‘renungan, warisan, dan kegembiraan’, setiap satunya menyerlahkan keajaiban warna dalam mencipta persekitaran yang seimbang, selesa dan harmoni.

‘Soulful Spaces’ menggalakkan pemilik rumah, penghias, dan pereka untuk menemui kisah warna mereka sendiri.
Hakikatnya, hanya anda yang benar-benar memahami suasana, kenangan dan momen yang ingin diabadikan dan koleksi ini memberikan keyakinan untuk memilih warna yang asli, menenangkan dan mencerminkan gaya hidup anda.
Setiap palet direka dengan teliti agar harmoni dengan pelbagai ruang dalaman, sambil melengkapi apa yang sudah anda hargai di rumah.
“Memilih warna untuk kediaman tidak seharusnya merunsingkan. Seperti setiap bentuk kreativiti, proses ini sepatutnya menyeronokkan. Dengan Kad Warna Global tahun ini, kami ingin memberikan pengetahuan dan keyakinan kepada orang ramai untuk menemui ekspresi warna yang sempurna bagi kediaman mereka, ruang yang mampu menaikkan semangat dan menceritakan kisah unik mereka,” ujar Pengurus Pemasaran Warna, Jotun Asia Tenggara & Pasifik, Natrah Omar.

Tiga Gaya Ruang: Setiap Palet Membawa Satu Kisah
Koleksi ‘Soulful Spaces’ dicipta untuk rumah yang berubah seiring penghuninya, di mana warna mengalir secara semula dari satu ruang ke ruang lain, mewujudkan keharmonian sambil membenarkan setiap ruang menonjolkan keperibadian tersendiri.
Dengan rona lembut yang diserikan sentuhan keemasan yang hangat, koleksi ini membangkitkan rasa tenang dan kesinambungan yang menenangkan jiwa.
Setiap palet direka dengan teliti agar saling melengkapi dan memudahkan padanan harmoni.
Sama ada digabungkan atau digunakan secara berasingan, rona-rona ini memberikan keseimbangan, kesatuan dan keindahan abadi kepada sebarang ruang dalaman.
Menerusi tiga tema utama: ‘Art of Stillness’, ‘Passage of Time’, dan ‘Joyful Living’, Jotun menawarkan inspirasi bagi setiap gaya hidup dan cita rasa estetik, daripada ruang yang menenangkan jiwa hingga ke interior yang ekspresif dan penuh keperibadian.

Passage of Time – Menyulam Keanggunan Abadi
Buat mereka yang menghargai keindahan nostalgia dan kedalaman emosi, ‘Passage of Time’ meraikan rona gelap yang menzahirkan keanggunan senyap.
Merah pekat, hijau zamrud dan coklat bumi diseimbangkan dengan rona merah jambu keemasan serta kilauan lembut, menghasilkan ruang dalaman yang sentiasa elegan.
Warna-warna ini menambah kekayaan dan dimensi tanpa menguasai ruang, sebaliknya memperindah kisah rumah yang telah lama terbina, mencerminkan kehangatan dan kehalusan yang semakin indah dari hari ke hari.
Mewujudkan ruang abadi bukanlah tentang kesempurnaan, tetapi tentang keaslian ruang yang terasa hidup dan penuh jiwa. ‘Passage of Time’ membenarkan ruang untuk berevolusi dengan anggun, mengekalkan keindahan klasik sepanjang masa.

Art of Stillness – Menyuntik Ketenangan ke Dalam Ruang Anda
Dalam dunia moden yang serba pantas, ‘Art of Stillness’ mengajak rakyat Malaysia berhenti seketika dan mencipta ruang yang memupuk ketenangan dan refleksi diri.
Diinspirasikan oleh kelembutan rona semula jadi, palet ini menampilkan beige halus, kuning lembut dan hijau kebiruan yang menenangkan menyuntik cahaya serta kedamaian ke dalam ruang dalaman.
Rona-rona cerah daripada palet ini menambah lagi kelembutan dan ketenangan pada rumah, menjadikan setiap sudut ruang istirahat yang intim.
Ideal untuk bilik tidur atau sudut bacaan, palet ini mencipta latar belakang yang tenang bagi waktu renungan dan santai. ‘Art of Stillness’ menyerlahkan bagaimana pemilihan warna yang teliti dapat membawa kedamaian dan menjadikan rumah tempat berlindung daripada hiruk-pikuk kehidupan, di mana setiap butiran menyumbang kepada rasa damai yang berkekalan.

Joyful Living – Menyemarakkan Keceriaan Hidup
Diinspirasikan daripada warna alam semula jadi, ‘Joyful Living’ meraikan jiwa bebas dan semangat positif. Rona hijau daun, merah jambu lembut dan kuning keperangan membawa kehangatan rustik dengan sentuhan moden yang minimalis.
Setiap rona menambah kesegaran dan keceriaan, mengisi ruang dengan cahaya dan aura positif. Palet-palet ini amat sesuai untuk ruang terbuka yang dipenuhi cahaya semula jadi, membawa dunia luar ke rumah dan menjadikan kehidupan seharian penuh inspirasi dan kebahagiaan.
‘Joyful Living’ adalah tentang keriangan, tenaga dan hubungan. Melangkah ke dalam ruang berwarna ini ibarat menyambut sinar mentari, membangkitkan semangat, mencetuskan kreativiti dan mengeratkan kebersamaan.

Menyatukan Keindahan dan Prestasi: Teknologi di Sebalik Jotun Majestic Pure Color
Intipati koleksi ‘Soulful Spaces’ bukan sekadar pada keindahan warnanya, tetapi juga teknologi yang menghidupkannya.
‘Jotun Majestic Pure Color’ merupakan pilihan cat dalaman premium yang dipercayai pemilik rumah dan para profesional reka bentuk disebabkan kemasan ‘super matte’ yang bebas pantulan cahaya. Permukaan uniknya melembutkan cahaya dan menghapuskan silau, membolehkan setiap rona terserlah seperti yang dihasratkan.
Daripada neutral lembut hingga tona berani, tekstur semula jadi dinding kekal sempurna tanpa cela atau ketidaksempurnaan yang ketara, tidak kira dari sudut mana ia dipandang dan di bawah apa jua pencahayaan.
Namun, keindahan sejati haruslah tahan lama sepertimana kenangan yang dicipta di dalamnya. Formula tahan lasak dan boleh dibasuh ini memastikan setiap cap jari kecil dan kesan harian mudah dibersihkan, sekali gus mengekalkan keindahan rumah anda dengan mudah.
Warna yang indah memerlukan asas yang sempurna, dan ‘Majestic Pure Color’ memastikan setiap rona daripada koleksi ‘Soulful Spaces’ terserlah dalam bentuk paling semula jadi dan abadi.
“Di Jotun, kami percaya rumah yang indah harus dibina atas pilihan yang berkekalan. Dengan ‘Majestic Pure Color’ dan koleksi ‘Soulful Spaces’, kami bukan sekadar menawarkan warna, tetapi juga seni pertukangan yang membantu rakyat Malaysia mengilhamkan ruang dalaman yang tahan ujian masa sama ada dari segi estetika mahupun fungsi,” kata Pengurus Pemasaran, Jotun Malaysia & Singapura, Heng Ke Wei.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan warna baharu Jotun, sila layari: https://www.jotun.com/my-en/decorative .
#JotunSoulfulSpaces #MajesticPureColor