Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

UAE Tak Benar Guna Ruang Udaranya Bagi Serangan Udara Ke Atas Iran
ISTANBUL -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Isnin menegaskan semula komitmennya untuk tidak membenarkan penggunaan ruang udara, wilayah atau perairannya bagi sebarang tindakan serangan terhadap Iran, lapor Anadolu Agensi
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar UAE menekankan bahawa negara itu juga komited untuk tidak menyediakan sebarang sokongan logistik bagi mana-mana serangan terhadap Tehran.
UAE percaya dialog, penyaheskalasian, pematuhan kepada undang-undang antarabangsa serta penghormatan terhadap kedaulatan negara merupakan asas paling berkesan dalam menangani krisis semasa.
Ia sekali gus mencerminkan ketegasan negara berkenaan dalam usaha menyelesaikan konflik melalui kaedah diplomatik.
Konflik antara Washington dan Tehran kian memuncak sejak bulan lalu selepas protes anti-kerajaan melanda beberapa bandar di Iran susulan kemerosotan keadaan ekonomi.
Sementara itu, media AS melaporkan bahawa kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln bersama tiga kapal pemusnah pengiring tiba pada Jumaat di Lautan Hindi dalam perjalanan ke Teluk Oman.
Ia sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan AS terhadap Iran.
Pada Sabtu, Presiden AS, Donald Trump mengesahkan laporan tersebut dengan menyatakan bahawa sebuah armada Amerika sedang menuju ke Timur Tengah dan Washington bagi memantau rapat situasi di Iran.
Trump menyatakan bahawa semua pilihan, termasuk tindakan ketenteraan, masih terbuka dalam menangani Tehran, ketika AS dan Israel berusaha mengubah sistem pemerintahan Iran.
Bagaimanapun, pegawai Iran memberi amaran jika sebarang serangan dilakukan A, pihaknya akan bertindak balas.
Pada Jun 2025, Israel dengan sokongan AS telah melancarkan perang selama 12 hari terhadap Iran, yang mencetuskan serangan balas dron dan peluru berpandu dari Tehran sebelum Washington mengumumkan gencatan senjata.