Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
AS timur tengah
Gambar: AFP

Armada AS Hampiri Perairan Timur Tengah

Hannah

Armada AS Hampiri Perairan Timur Tengah

Amerika Syarikat (AS) telah mengerahkan satu kumpulan serangan tentera laut yang diketuai kapal pengangkut pesawat ke perairan Timur Tengah, ketika Iran memberi amaran bahawa ia bersedia melancarkan serangan balas sekiranya diserang oleh Washington.

Menurut kenyataan AS pada Isnin, pengerahan itu dibuat susulan ketegangan yang semakin memuncak berikutan tindakan keras kerajaan Iran terhadap gelombang protes anti-kerajaan di negara tersebut.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di AS mendakwa hampir 6,000 orang terkorban setakat ini akibat penindasan oleh pasukan keselamatan Iran. Bagaimanapun, kumpulan itu menegaskan angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Dakwaan kekerasan & sekatan internet

Protes besar-besaran di Iran tercetus sejak akhir Disember, pada awalnya didorong oleh isu ekonomi seperti kos sara hidup dan pengangguran.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila demonstrasi besar-besaran tercetus pada 8 Januari, melibatkan ribuan rakyat yang turun ke jalanan bagi membantah kepimpinan negara.

Kumpulan hak asasi menuduh pihak berkuasa Iran menggunakan kekerasan yang luar biasa, termasuk melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Tindakan itu didakwa dilakukan ketika kerajaan melaksanakan sekatan internet yang kini berlarutan selama 18 hari, iaitu tempoh terpanjang pernah dikenakan di negara itu.

Walaupun berdepan tekanan hebat, kepimpinan ulama yang memerintah Iran sejak Revolusi Islam 1979 masih kekal berkuasa.

Justeru, sebahagian penentang kerajaan dilaporkan melihat campur tangan pihak luar sebagai satu-satunya jalan untuk membawa perubahan.

Alasan Trump & tindakan AS

Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini pernah mengancam untuk campur tangan secara ketenteraan. Minggu lalu, beliau menyatakan Washington menghantar sebuah armada besar ke rantau berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengerahan kumpulan serangan kapal pengangkut USS Abraham Lincoln itu secara ketara meningkatkan keupayaan ketenteraan AS di Timur Tengah.

Komando Pusat AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan di platform X memaklumkan bahawa kapal-kapal tersebut kini berada di rantau berkenaan bagi menyokong keselamatan dan kestabilan serantau.

Untuk rekod, AS pernah menyokong dan terlibat secara terhad dalam perang selama 12 hari antara Israel dan Iran pada Jun lalu.

Walaupun Trump dilihat 'meredakan' ancaman ketenteraan baru-baru ini, beliau tidak pernah menolak sepenuhnya kemungkinan tindakan ketenteraan.

Sementara itu, Kementerian Luar Iran memberi amaran bahawa sebarang serangan ke atas negara itu akan menerima tindak balas menyeluruh dan amat dikesali.

Sumber:AFP