Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Dato’ Amizar Abu Adam (5 dari kiri) merasmikan AEON Kuantan
Tiada Kategori
AEON Terus Perkukuh Operasi Di Pantai Timur Dengan Pembukaan ‘Mall’ Pertama Di Kuantan

Syamimi

AEON Terus Perkukuh Operasi Di Pantai Timur Dengan Pembukaan ‘Mall’ Pertama Di Kuantan

AEON CO. (M) BHD. (“AEON”) terus memperluas kehadirannya di Pantai Timur dengan pembukaan pasar raya pertamanya di Kuantan, Pahang.

Pasar raya seluas 49,331 kaki persegi yang terletak di Aras 2, East Coast Mall, Kuantan ini dijangka menjadi salah satu destinasi beli-belah utama di bandar Kuantan.

Majlis perasmian AEON Kuantan telah disempurnakan semalam oleh Dato’ Amizar Abu Adam, Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, mewakili Menteri Besar Pahang, bersama beberapa ahli pengurusan kanan AEON.

AEON Kuantan terletak di Aras 2, East Coast Mall, Kuantan

Pembukaan ini mencerminkan inisiatif pengembangan berterusan AEON serta peranannya dalam menyokong pembangunan sektor peruncitan dan merangsang aktiviti ekonomi yang lebih luas di negeri ini.

Tsugutoshi Seko, Timbalan Pengarah Urusan AEON berkata AEON Kuantan telah ditempatkan secara strategik sebagai destinasi beli-belah utama, khususnya bagi penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Dengan operasi sedia ada AEON Mall Kota Bharu di Kelantan, pembukaan AEON Kuantan memperluaskan rangkaian serantau AEON di Pantai Timur. AEON juga yakin dengan prestasi memberangsangkan East Coast Mall, disokong lokasinya yang strategik di pusat bandar Kuantan serta aliran pengunjung yang stabil.

Pelanggan membeli-belah sempena pembukaan rasmi AEON Kuantan

Kehadiran AEON di East Coast Mall dijangka akan meningkatkan lagi kedudukan AEON dalam landskap peruncitan Pantai Timur.

AEON Kuantan menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit segar dan berkualiti termasuk keperluan isi rumah, barangan basah dan makanan laut.

Tawaran ini diperkaya dengan rangkaian produk sejuk segar dan pilihan makanan seperti AEON Delicatessen, Coco Café dan La Boheme, yang menepati selera pengguna masa kini.

Susun atur produk yang terancang turut memberikan kemudahan dan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa kepada pelanggan.

Bagi meningkatkan kecekapan proses pembayaran, AEON Kuantan turut dilengkapi teknologi peruncitan inovatif seperti kaunter layan diri (Self-Checkout, SCO) dan troli pintar.

Dato’ Amizar bersama pelanggan mencuba troli pintar (smart trolley) yang diperkenalkan di AEON Kuantan

Pilihan penghantaran dan pengambilan yang fleksibel juga disediakan melalui perkhidmatan myAEON2go.

AEON kekal komited terhadap usaha pengembangan dan penambahbaikan aset bagi menyokong pertumbuhan mampan jangka panjang.

Pada Disember 2025, AEON telah memperkenalkan AEON STYLE Supermarket di Setia EcoHill, Semenyih. Beberapa pembukaan baharu lain turut dirancang dalam tahun ini, antaranya AEON KL Midtown yang terletak di KL Metropolis serta AEON STYLE Supermarket di Johor Bahru.

Dato’ Amizar Abu Adam (5 dari kiri) merasmikan AEON Kuantan

Pada masa yang sama, AEON terus melaksanakan inisiatif naik taraf di beberapa cawangan terpilih di seluruh negara bagi memodenkan persekitaran peruncitannya.

Majlis ini juga menyaksikan Yayasan AEON Malaysia (MAF) menyumbangkan RM30,000 kepada tiga buah badan pertubuhan amal iaitu Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna, Rumah Anak-Anak Yatim Permata Camar dan Rapha Children’s Home.