Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Sipzz, jenama tumbler gaya hidup Gen-Z yang berasal dari Singapura, kini secara rasmi membuka Flagship Store pertama di Paradigm Mall Petaling Jaya. Dengan konsep warna pastel yang ceria, Sipzz mengajak pelanggan untuk ekspresikan mood dan personaliti mereka, sambil galakkan tabiat minum air harian untuk kesejahteraan lebih baik.
Bercirikan falsafah “Drop the Boring, Sip the Fun”, Sipzz mentakrifkan hidrasi sebagai lebih daripada rutin harian. Tumbler mereka, termasuk H2O Medium dan H2O Large, diperbuat daripada keluli tahan karat 304 gred makanan, tahan lama, selamat, dan mengekalkan suhu minuman lebih baik daripada tumbler biasa. Malah, produk terpilih disahkan oleh SGS, jadi anda tahu kualiti dan keselamatan dijamin.
Dengan kesedaran kesihatan yang meningkat, golongan muda kini mengutamakan hidrasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup seimbang. Menurut laporan Glanbia Nutritionals, hidrasi bantu fokus, emosi, dan kesejahteraan harian. Sipzz ingin jadikan minum air satu pengalaman seronok dan bermakna, sambil reka bentuk tumbler mereka praktikal dan kreatif.
Sempena pelancaran Flagship Store, dua koleksi edisi terhad diperkenalkan:
Koleksi Spring — segar, ceria, vibe musim bunga.
Koleksi Mew Mew — comel, kreatif, penuh personaliti.
Pengunjung boleh pilih warna kegemaran dan ukir nama sendiri pada tumbler mereka, menjadikannya unik dan peribadi. Harga bermula dari RM49.90 untuk coffee cups hingga RM149.90 untuk mega bottles, menawarkan kualiti premium pada harga mampu milik.
Catherine Soo, Pengurus Pemasaran Sipzz Malaysia, berkata:
“Sipzz dicipta supaya rutin minum air lebih menyeronokkan dan ekspresif. Bila hidrasi jadi seronok dan peribadi, orang minum lebih banyak secara semula jadi.”
Selain Paradigm Mall PJ, Sipzz akan buka kedai konsep lain di Paradigm Mall JB, Sungei Wang Plaza, 1st Avenue Penang, JBCC, dan Sunway Square pada suku pertama 2026. Anda juga boleh beli online di Shopee dan TikTok Shop, atau di store-in-store Tataa & Friends.
Flagship Store Sipzz PJ akan berlangsung dari 9–11 Januari 2026, dengan pengalaman immersif termasuk demo engraving, pratonton produk, aktiviti interaktif, serta pelancaran eksklusif Koleksi Spring dan Mew Mew.