Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Rangkaian terkenal dari Singapura, Monster Curry, kini rasmi membuka cawangan pertamanya di Malaysia di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.
Kehadiran Monster Curry ke pasaran tempatan menandakan pengembangan jenama itu selepas lebih 13 tahun beroperasi di Singapura dan Indonesia, dengan reputasi tersendiri menerusi sajian kari Jepun bersaiz besar dan berperisa pekat.
Antara keistimewaan utama Monster Curry ialah sos kari berwarna coklat gelap, dimasak menggunakan 14 jenis sayuran dan rempah, yang menjadi identiti jenama tersebut. Hidangan disajikan di atas pinggan bersaiz 35 sentimeter dan 41 sentimeter, sesuai untuk dinikmati secara individu atau berkongsi.
Pengunjung turut diberi pilihan lima tahap kepedasan, daripada pedas biasa hingga tahap ‘monster’, bagi menyesuaikan selera masing-masing.
Menu utama yang ditawarkan termasuk Chicken Katsu Curry, Big Fish Katsu Curry serta Super Monster Combo, iaitu hidangan bersaiz besar yang menggabungkan pelbagai lauk popular Monster Curry dalam satu pinggan.
Bagi meraikan pembukaan rasmi di Malaysia, Monster Curry menawarkan promosi Beli 1 Percuma 1 bagi hidangan Chicken Katsu Curry dan Big Fish Katsu Curry bermula 19 hingga 25 Januari 2026.
Dengan pembukaan cawangan sulung ini, Monster Curry dijangka menjadi antara destinasi baharu pilihan pencinta kari Jepun di Kuala Lumpur.