Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanada Semak Sama Ada Kapal Bawa Netanyahu Guna Ruang Udaranya - Menteri Luar

Kanada Semak Netanyahu Guna Ruang Udara
Kredit: Anadolu

Kanada bakal semak sama ada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan melalui ruang udara Kanada pada Khamis.

Memetik Anadolu, Menteri Luar Kanada, Anita Anand berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersat (PBB) di New York.

Menurut CTV News, Anand telah meminta kementeriannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penerbangan tersebut.

Kanada Semak Jika Netanyahu Guna Ruang Udaranya

“Saya sebenarnya sudah meminta kementerian mendapatkan maklumat berkaitan penerbangan ini kerana saya tidak memilikinya sebelum datang ke PBB,” katanya.

Bagaimanapun, Anand enggan menyatakan sama ada Kanada menganggap Netanyahu sebagai penjenayah perang.

“Kami menghormati keputusan mahkamah antarabangsa dan sentiasa menyokong mereka yang sedang menderita, termasuk di Gaza, Palestin dan Tebing Barat, selain memastikan jenayah terhadap kemanusiaan ditangani sewajarnya,” ujarnya.

Kredit: AFP

Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, berkata pada Oktober lalu bahawa Netanyahu akan ditahan sekiranya memasuki Kanada.

Sebagai pemimpin asing yang menaiki pesawat rasmi, Netanyahu perlu mendapatkan kebenaran diplomatik daripada kerajaan Kanada sekurang-kurangnya tiga hari bekerja sebelum memasuki ruang udara negara itu.

Netanyahu kini berdepan waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada November 2024, bersama dengan waran tangkap bagi bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant.

Mahkamah mendapati terdapat “alasan munasabah” untuk mempercayai kedua-duanya mempunyai tanggungjawab jenayah atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Netanyahu dijadualkan berada di New York pada Khamis bagi menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB.

Sumber:Anadolu
Intipati
  • Anita Anand meminta kementeriannya mendapatkan maklumat mengenai laluan penerbangan Benjamin Netanyahu.
  • Netanyahu dijadualkan berada di New York untuk berucap di Perhimpunan Agung PBB.
  • ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu pada November 2024 atas dakwaan jenayah berkaitan Gaza.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan