Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 10 Gempa Susulan Dalam 14 Jam Selepas Gempa Bumi Kuat 7.5 Magnitud Di Jepun

Sofea
lebih 10 gempa susulan jepun
Kredit: AFP

Lebih 10 Gempa Susulan Dalam 14 Jam Selepas Gempa Bumi Kuat 7.5 Magnitud Di Jepun

TOKYO, 9 Dis (Bernama) — Lebih 10 gempa susulan direkodkan di Jepun dalam tempoh 14 jam susulan gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda utara negara itu, menurut data Agensi Meteorologi Jepun pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebanyak 14 gegaran direkodkan, dengan magnitud antara 3.6 hingga 6.4 dan kedalaman antara 10 hingga 50 kilometer (km).

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu melanda wilayah Aomori bahagian utara, sekali gus mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai timur laut Pulau Honshu dan pantai timur Pulau Hokkaido.

BACA: Gempa Besar Diramal Landa Tokyo, Dianggar Ragut 18,000 Nyawa

Ketinggian maksimum tsunami mencecah 70 sentimeter. Amaran itu ditarik balik kira-kira enam jam selepas gempa berlaku.

Pusat gempa terletak 54km di bawah dasar laut di luar pantai timur Aomori, dengan gegaran mencatatkan tahap lebih enam pada skala intensiti tujuh mata Jepun. Seramai 30 orang cedera.

Sejak seminggu lalu, kerajaan Jepun dan pihak berkuasa meteorologi telah memberi amaran mengenai risiko lebih tinggi berlakunya gempa bumi besar di kawasan utara Hokkaido dan rantau Sanriku di timur laut Jepun.

Sumber: BERNAMA