Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kereta tahi burung
Gambar: AI/ImageFX

Kajian Dedah Sebab Kereta Anda Jadi Sasaran Tahi Burung

Hannah

Kajian Dedah Sebab Kereta Anda Jadi Sasaran Tahi Burung

Pernah tak keluar dari restoran, pasar raya atau pejabat dan tiba-tiba tengok kereta sendiri penuh corak putih? Percayalah, anda bukan satu-satunya mangsa yang mendapat ‘hadiah’ daripada burung.

Menariknya, kini ada kajian yang menunjukkan kereta tertentu yang paling kerap jadi sasaran najis burung.

Bagaimana kajian ini dilakukan?

Menurut Reader’s Digest, kajian ini dijalankan oleh Alan’s Factory Outlet, sebuah syarikat yang menghasilkan carport dan garaj di Amerika Syarikat (AS).

Mereka menemu bual 1,000 pemandu di Amerika Syarikat bagi mengetahui beberapa perkara. Ini termasuk jenis kereta yang dipandu, lokasi parkir biasa, kerosakan akibat najis burung dan langkah yang diambil untuk mengatasinya.

Selain itu, kajian ini turut digabungkan dengan maklumat mengenai tingkah laku dan biologi burung.

Warna kereta paling kerap dipenuhi najis burung

Menurut kajian, warna kereta memainkan peranan besar menentukan sama ada kenderaan anda jadi sasaran atau tidak. Berikut ialah senarai warna kereta paling ‘disukai’ burung:

  • Coklat

  • Merah

  • Hitam

  • Kuning/Jingga

  • Biru

  • Putih

  • Perak/Kelabu

Kenapa warna ini jadi pilihan burung?

Burung mempunyai penglihatan yang jauh lebih sensitif berbanding manusia. Mereka boleh melihat cahaya ultraviolet (UV), menjadikan beberapa warna kelihatan lebih terang dan menarik. Warna gelap seperti coklat, merah dan hitam mungkin lebih menonjol dalam spektrum penglihatan mereka.

Selain itu, permukaan kereta yang berkilat turut menarik burung. Dalam musim mengawan, sesetengah burung seperti robin mungkin melihat bayang dirinya pada kereta dan menyangka itu “pesaing”, lalu mencetuskan ‘perang’ termasuklah melepaskan najis sebagai tindak balas.

Jenama kereta paling kerap jadi mangsa

Di sisi lain, kajian juga mendapati beberapa jenama kereta lebih kerap terkena najis burung berbanding yang lain. Kebanyakannya ialah kenderaan kerja yang lebih banyak diparkir di luar. Menurut kajian, antara jenama paling kerap ‘dihujani’ adalah Nissan, Kia, Tesla, Audi dan Ford.

Bagaimana nak elak kereta kena najis burung?

Cara paling berkesan ialah dengan menyimpan kereta di dalam garaj atau menggunakan penutup kereta bagi melindunginya ketika berada di luar. Selain itu, cuba elakkan meletakkan kereta di bawah pokok atau tiang elektrik kerana kawasan ini memang menjadi ‘hotspot’ burung bertenggek.

Menariknya, dalam kajian yang dijalankan, 38% pemandu sanggup berjalan lebih jauh asalkan mereka dapat mengelak daripada meletakkan kereta di kawasan yang berisiko tinggi terkena najis burung.

Cara terbaik bersihkan najis burung

Jelas Reader’s Digest, najis burung mengandungi asid urik yang boleh merosakkan cat kereta, jadi penting untuk membersihkannya secepat mungkin.

Untuk mengelakkannya meninggalkan kesan, lap kawasan yang terkena najis dengan segera, kemudian gunakan sabun bersesuaian dan gosok perlahan dengan kain mikrofiber agar tidak mencalarkan permukaan. Akhir sekali, bilas dengan air sehingga benar-benar bersih.

Jika boleh, cuba elakkan kereta anda daripada berada dalam “laluan serangan” burung supaya masalah yang sama tidak berulang.

BACA: 9 Tabiat Buruk Korang Tak Patut Buat Dalam Kereta

Sumber: Reader’s Digest