Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PBB Rayu US$33 Bilion Untuk Usaha Kemanusiaan 2026
NEW YORK, 8 Dis (Bernama-WAM) — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakankongsinya sedang berusaha mendapatkan US$23 bilion untuk menyediakan sokongan menyelamatkan nyawa pada tahun depan kepada 87 juta orang di seluruh dunia yang terjejas akibat perang, bencana iklim, gempa bumi, wabak dan kegagalan tanaman, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Ini merupakan keutamaan segera dalam Global Humanitarian Overview (GHO) 2026 berjumlah US$33 bilion yang dilancarkan pada Isnin, yang menyasarkan untuk membantu keseluruhan 135 juta orang di 50 negara.
“Rayuan ini menjelaskan keutamaan tempat kita perlu menumpukan tenaga kolektif terlebih dahulu nyawa demi nyawa,” kata Ketua Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher.
GHO yang dikemas kini itu dikeluarkan selepas setahun yang dicirikan oleh pemotongan drastik terhadap operasi kemanusiaan dan jumlah serangan maut terhadap petugas bantuan yang tertinggi dalam rekod.
Ia merangkumi 29 pelan terperinci, dan yang terbesar adalah bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, dengan US$4.1 bilion diperlukan untuk membantu kira-kira tiga juta orang.
Fletcher mengingatkan bahawa rayuan 2025 hanya menerima US$12 bilion – pembiayaan terendah dalam tempoh sedekad. Akibatnya, petugas kemanusiaan hanya dapat membantu 25 juta orang lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya.
BACA: Wanita Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal
BACA: Menarik, Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh “Berjangkit” Pada Orang Lain
BACA: Wanita Hamil Berjaya Raih Anugerah Naib Canselor Demi Janji Kepada Arwah Ibu
Sumber: Bernama