Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Malaysia Salur Sumbangan RM500 Kepada Pelajar Indonesia Terkesan Bencana Di Aceh, Sumatera

malaysia salur sumbangan rm500
Kredit: Bernama

Malaysia Salur Sumbangan RM500 Kepada Pelajar Indonesia Terkesan Bencana Di Aceh, Sumatera

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Malaysia akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di negara ini dan terkesan akibat bencana banjir serta tanah runtuh di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan sumbangan itu juga adalah sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.

BACA JUGA: Komuniti Aceh Di Malaysia Sedia Hantar Bantuan, Tapi Berdepan Kekangan Peraturan

“Pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia serta seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara, dan bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini,” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan banjir dan tanah runtuh yang dahsyat melanda tiga wilayah di Sumatera, iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada akhir Nov lepas selepas hujan lebat berpanjangan.

Agensi Pengurangan Bencana Kebangsaan (BNPB) melaporkan setakat 10 Dis, jumlah korban akibat bencana itu mencecah 969 orang, manakala 252 lagi masih hilang. Bencana itu merosakkan sekurang-kurangnya 158,000 rumah di 52 wilayah terjejas.

Sumber: BERNAMA