Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sotong Kurita ‘Terer’ Bermain Piano
STOCKHOLM — Seorang pemuzik dari Sweden, Mattias Krantz menghabiskan masa selama enam bulan untuk ‘mengajar’ seekor sotong kurita bermain piano, lapor portal UPI.
Krantz yang juga seorang Youtuber turut berkongsi video bagaimana dia mengajar sotong kurita dinamakan Takoyaki itu bermain piano.
Menurutnya, dia pada awalnya membeli Takoyaki, atau nama pendeknya Tako, daripada sebuah kedai di Portugal pada Mac lalu.
“Saya mengambil masa untuk mendapatkan kepercayaan Tako, sebelum dapat memujuknya bermain piano yang direkanya.
“Pada awalnya Tako hanya mampu bermain satu atau dua nota pada satu-satu masa. Saya menggunakan gelembung udara untuk menarik minat Tako bermain alat muzik tersebut,” katanya.
Tambah Krantz, sotong itu semakin teruja apabila dia mula memasang ‘crab elevator’ dalam akuarium, yang menempatkan Tako.
Peranti itu kemudian akan memberikan hidangan ketam (makanan kegemaran Tako) setiap kali not dimainkan.
Selepas itu, Krantz mula bermain gitar untuk berkolaborasi dengan permainan piano Tako, malah dia berjaya mengajar sotong itu memainkan susunan nota lagu “Baby Shark”, walaupun mengakui hasilnya tidak mengikut tempo.
“Ia mungkin perkara yang paling hebat pernah saya lakukan. Saya sendiri tidak percaya saya duduk di sini dan bermain muzik dengan seekor sotong,” katanya.
https://www.upi.com/Odd_News/2025/12/11/sweden-octopus-plays-piano/8031765473440/
Sumber: UPI