Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sukan SEA Thailand: Miki Ghazali Sambar Emas
Petarung muay thai negara, Miki Ghazali Zulfikar, menepati ramalan selepas menyambar pingat acara featherwieght 57 kg di Sukan SEA Thailand sebentar tadi.
Meskipun baru berusia 16 tahun, Miki tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil tuan rumah yang tujuh tahun lebih tua, Sirilun Suphakon di Stadium Lumpinee, Bangkok.
Dalam tiga pusingan yang dimainkan, Miki berjaya mendominasi dua pusingan dengan pungutan mata 10-9 biarpun tewas 9-10 dalam pusingan terakhir.
Namun ia, sudah cukup untuk petarung muda itu meraih emas dengan keputusan 29-28.
Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang, petarung muda negara itu dilihat tidak dapat menahan sebak sambil ditemani abangnya, Johan Ghazali (Jojo).
Untuk makluman, kemenangan ini merupakan emas ketiga bagi kem muay thai negara selepas Angie Yan mengungguli acara wai kru wanita dan Wassof Rumijam memenangi emas bantamweight 54kg.
Tahniah Miki!
Sumber: Astro Arena, TVS