Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Keadaan Terkini Banjir Di Kuantan, Air Hampir Cecah Paras Bumbung Rumah 

Sofea
keadaan terkini banjir di kuantan
Kredit: Threads abcdee_0

Keadaan Terkini Banjir Di Kuantan, Air Hampir Cecah Paras Bumbung Rumah

Kejadian banjir di Kuantan, Pahang nampaknya masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk surut.

Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai memuat naik beberapa video memaparkan situasi banjir di sana pada pagi ini.

Ada kawasan dilihat sudah ditenggelami air sehingga hampir mencecah paras bumbung rumah.

“Tinggal atap je dah Ya Allah, dah tak ada apa dah ni. Kemas kini 8.00 pagi, jalan Teluk Mahang, Batu 5 Kuantan (KPTM) ,” kata seorang pengguna Thread.

Selain itu, Kampung Cempaka juga tidak terkecuali apabila air dilihat memenuhi jalan sehingga menyukarkan pergerakan trafik.

Sementara itu, beberapa daerah lain di Pahang turut terjejas termasuk di Rompin, Pekan dan Maran.

Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan bahawa sebanyak seramai 6,470 mangsa telah dipindahkan ke 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan.

Manakala di Maran pula melibatkan 770 mangsa di 12 PPS, Pekan dengan 501 mangsa (7 PPS) dan Pekan dengan 333 mangsa ( 6 PPS).

BACA: Kuantan Diramal Banjir Bermula Hari Ini Hingga Selasa

Pada Rabu, dua pusat pengajian di Kuantan dilaporkan turut terjejas iaitu di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di daerah Kuantan, Pekan dan Rompin sehingga 18 Disember.

Menurutnya, hujan berterusan ketika Monsun Timur Laut dijangka berlaku selama beberapa hari di kawasan pantai timur Semenanjung.

Keadaan itu akan menyebabkan banjir terutama melibatkan kawasan yang mudah banjir dan rendah.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, abdee_0, rasyiqahrozz