Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia

Hannah
gempa indonesia
Sumber: METMalaysia

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Indonesia

Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Tanimbar, Indonesia, pada jam 12:02 tengah hari, sebentar tadi.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 6.9° Selatan dan 131.6° Timur, dengan magnitud 5.2 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 515 kilometer Tenggara dari Ambon, Indonesia, dengan kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

BACA: Mangsa Banjir Indonesia Bakal Terima Elaun Sara Hidup Harian

Sumber: METMalaysia