Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Isu Pemalsuan Dokumen: FAM Buat Laporan Polis Seperti Disyor IIC

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

Isu Pemalsuan Dokumen: FAM Buat Laporan Polis Seperti Disyor IIC

PETALING JAYA — Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC).

Ia selepas Jawatankuasa Eksekutif FAM hari ini telah mengadakan mesyuarat khas kali keempat bagi penggal 2025-2029 di Wisma FAM, Kelana Jaya yang dipengerusikan oleh Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi.

Dalam perbincangan berkenaan, terdapat dua isu utama yang dikenal pasti oleh IIC berdasarkan hasil laporan iaitu pemberian kewarganegaraan Malaysia dan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya.

“Sehubungan itu, IIC telah mengesyorkan FAM untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

“Selain melakukan penambahbaikan dalam tadbir urus pendaftaran pemain warisan dan memastikan isu pemalsuan dokumen tidak berulang serta menjaga reputasi dan integriti bola sepak Malaysia,” maklum kenyataan itu.

Susulan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM telah membuat beberapa keputusan.

Antaranya, FAM akan membuat laporan polis seperti mana yang disyorkan oleh ICC, melakukan penambahbaikan dalam tadbir urus pendaftaran pemain warisan dan akan memastikan isu kecuaian dan pemalsuan dokumen tidak berulang.

Selain itu, FAM juga mengambil tindakan terhadap penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj. Rahman yang masih diteruskan dan akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama juga, badan induk bola sepak negara itu juga akan menjalankan siasatan sendiri terhadap Datuk Noor Azman.

Sumber: FAM

BACA: FAM Komited Teruskan Proses Rayuan Di CAS