Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tak Habis Lagi Cerita Karipap “First Timer”, Roti Jala Pula Viral

Hannah
roti jala viral
Gambar: Threads @frsynjwa___

Tak Habis Lagi Cerita Karipap “First Timer”, Roti Jala Pula Viral

Sebelum ini tular kisah karipap first timer yang buat satu Malaysia “prank” dengan rupa bentuk luar biasa. Kali ini, giliran roti jala kaum hawa pula mencuri tumpuan.

“Tolong judge roti jala aku…”

Tak habis lagi cerita karipap baru-baru ni, viral pula roti jala adik ni. Mula dikongsikan menerusi Threads dengan kapsyen ringkas, siapa sangka roti jalanya menarik perhatian ramai.

“Guys, tolong judge roti jala aku supaya aku lebih bersemangat buat roti jala yang berupa jala lepasni,” katanya sambil ‘serve’ gambar roti jalanya kepada umum.

Dari situ, bermulalah episod yang tak disangka-sangka.

“Akak bukan adik-beradik dengan akak yang buat karipap tu kan?” – Netizen

Ruangan komen terus dibanjiri dengan pelbagai reaksi, usikan dan ‘lawatan’ panel juri tak rasmi seluruh Malaysia.

“Menjala pakai senduk ke sis?”

“Telur dadar, kan?”

“Ingat omelette tadi…”

“Ni… lempeng selayaknya…”

“Texture kuning tu ada. Tapi tak nampak rupa Jala tu. So kena tukar nama “Roti Karpet”. Okay, ngam.”

“Kalau kawan kata “Sedap, boleh meniaga ni, serious serious“, sedarlah, kawan kau tu tak beli pun dekat kau nanti. Jaga hati je lebih.”

“Saya pesan awal ya. Borang bazar jangan sesekali ada niat nak pergi ambil.”

Lagi lawak, satu demi satu kaum hawa mula tampil kongsi hasil roti jala masing-masing. Rupanya ramai geng di luar sana yang ‘struggle’ nak hasilkan roti jala yang betul-betul jala.

Akhir sekali, kita kena ingat. Setiap orang ada bakat masing-masing. Ada yang handal menyanyi, ada yang champion memasak, ada juga yang masih dalam fasa “try and error”.

Tapi macam netizen selalu cakap, kalau rasa belum bersedia nak tunjuk bakat, simpan dulu tak apa, kita asah perlahan-lahan.

Hari ini mungkin roti jala berliku, esok-esok mana tahu jadi ‘masterchef’ dapur sendiri. Nama pun “first timer”, tak jadi itu biasa. Keep it up, okay?

BACA: Bila “First Timer” Buat Karipap Terus Nak Open Order, Terhibur Baca Komen Netizen

Sumber: Threads @frsynjwa___