Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Hingga Petang Ini

Azizah Najib
amaran hujan lebat petang
Kredit: Bernama

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Hingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir melibatkan tujuh negeri dan tiga Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 6 petang ini.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan menyenaraikan WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan bakal menerima hujan lebat.

“Di Pahang, hanya daerah Bentong dan Temerloh bakal menerima hujan lebat.

“Manakala di Selangor, daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dijangka alami cuaca buruk,” maklum MetMalaysia.

Sementara itu, hujan lebat, angin kencang dijangka landa daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Hampir kebanyakan kawasan di Melaka diramal hujan lebat.

Melihat keadaan di Johor, daerah yang terlibat termasuk Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Beralih ke Borneo, hujan lebat dijangka berlaku di kebanyakan kawasan.

Antara yang menerima amaran hujan lebat termasuk daerah Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Julau), Sibu dan Mukah (Mukah). Begitu juga daerah Kapit (Song dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Dalam pada itu, beberapa daerah di Sabah turut bakal menerima hujan lebat. MetMalaysia menyenaraikan daerah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) antara yang terlibat.

Kredit: MetMalaysia

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat untuk mengelak dari berada di lokasi berisiko dan amalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar.

BACA: “Tahap Kritikal,” Pencipta Kandungan Malaysia Kongsi Keadaan Sebenar Di Aceh

BACA: Aceh Sekali Lagi Dilanda Banjir, Paras Air Meningkat Sehingga Dua Meter

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)