Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Selatan Sumatera
Satu gempa bumi sederhana telah dilaporkan berlaku di Selatan Sumatera, pada jam 9.10 pagi, sebentar tadi.
Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 5.8° Selatan dan 102.0° Timur, dengan magnitud 5.5 pada skala Richter.
Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 229 kilometer Selatan dari Bengkulu, Indonesia, dengan kedalaman 47 kilometer.
Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.
Untuk info, pada jam 8.22 pagi tadi, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 pada skala Richter turut dilaporkan berlaku di kawasan sama.
BACA: Niat Nak Jaga Mak Cik Sakit, Tahu-tahu Jadi ‘Pengasuh’ Satu Wad Di Hospital
Sumber: METMalaysia