Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
nahas tiga kereta
Kredit: Bernama
Tiada Kategori
Nahas Tiga Kereta: Gerak Hati Ibu Apabila GPS Anak Berhenti Jadi Kenyataan

Sofea

Nahas Tiga Kereta: Gerak Hati Ibu Apabila GPS Anak Berhenti Jadi Kenyataan

JOHOR BAHRU, 27 Dis (Bernama) — Naluri seorang ibu apabila sistem penentu kedudukan global (GPS) anaknya berhenti berfungsi ternyata benar apabila menjadi petanda awal tragedi melibatkan Allahyarham Ammar Azwar Asri, 21, yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi tadi.

Bapa saudara mangsa, Suhaimi Abu Naim, 58, berkata adiknya, Zeilawani berasa tidak sedap hati apabila pergerakan GPS telefon bimbit Ammar Azwar tidak berfungsi sejak 5.17 pagi sebelum membuat beberapa panggilan telefon tetapi tidak berjaya.

“Si ibu cuba berfikiran positif mengandaikan bateri telefon anaknya kehabisan kuasa. Namun perasaan resah itu semakin kuat sehingga beliau bertindak menyemak lokasi terakhir melalui aplikasi Google sebelum menghubungi adik kami yang bertugas sebagai polis bantuan untuk memeriksa kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di lokasi terakhir GPS itu berhenti, barulah dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan jalan raya dan anak saudara saya terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Menurut pesara tentera itu, Ammar yang memandu kereta Proton Saga difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti dan menghadiri beberapa majlis keluarga termasuk pertunangan sepupunya dan majlis doa selamat.

Suhaimi berkata arwah bagaimanapun pada awalnya agak keberatan untuk bergerak pulang pada awal pagi kejadian dan ada menyuarakan hasrat untuk berehat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Menggambarkan peribadi arwah, beliau berkata Ammar Azwar merupakan seorang yang ceria dan disenangi ramai.

“Dia penggerak gelak ketawa dalam keluarga. Kehilangannya sangat mengejutkan dan sukar diterima.

“Saya difahamkan arwah baru sahaja bekerja sebagai juruteknik di Rapid Pengerang dan kali terakhir kami bertemu pada minggu lepas ketika menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga,” katanya yang turut memaklumkan Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Siba, Batu Pahat malam ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6 Lebuhraya Senai-Desaru pagi tadi dipercayai akibat sebuah daripada kenderaan terbabit memasuki laluan bertentangan sehingga berlaku perlanggaran yang meragut dua nyawa.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian membabitkan kereta Proton Wira, Proton Saga dan Perodua Myvi itu kira-kira 5.35 pagi.

Mohd Sohaimi ketika dihubungi berkata selain Ammar Azwar, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai pemandu Proton Wira, Yen Jian Yao, 19, yang berasal dari Kangkar Pulai manakala tiga penumpang kereta itu dilaporkan cedera parah, iaitu Angel Loo An Qi, 15, Wong Teck Ong, 17, serta seorang lagi yang belum dikenal pasti.

Dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi turut cedera, iaitu Nur Nalea Nazlin Mahmud, 23, seorang jurutera di Rapid Pengerang Oil & Gas Project, dan Mohamad Adam Satiman, 25, seorang juruteknik mekanikal pemasangan yang bertugas di tempat sama.

Sumber: BERNAMA