KKM Nafi Klinik Kesihatan Tak Lagi Terima Pesakit “Walk-in”
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mesej tular yang mendakwa bahawa Klinik Kesihatan tidak akan menerima pesakit walk-in bermula 2026.
Menerusi satu kenyataan di Facebook KKM, dakwaan yang tersebar di media sosial itu telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
“Walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan, khususnya bagi kes kecemasan, warga emas, dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi.
“Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu,” katanya.
Kredit: Kementerian Kesihatan MalaysiaTambah kementerian itu lagi, pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan.
“KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu. Oleh itu, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama,” ujarnya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia