Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Najib nafi halang siasatan
Kredit: Bernama
Najib Nafi Halang Siasatan Dalam Kes 1MDB Dan SRC

BERNAMA

Najib Nafi Halang Siasatan Dalam Kes 1MDB Dan SRC

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah menghalang siasatan oleh pihak berkuasa dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dalam perbicaraan saman sivil RM42 juta yang difailkan oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap beliau.

Muhammad Shafee: Sekarang, adalah penting dalam konteks ini untuk mempertimbang bagaimana isu yang melibatkan 1MDB dan SRC menjadi pengetahuan umum, atau lebih tepat lagi, menjadi perkara yang menjadi perhatian awam.

Anda kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh tiga tahun berikutnya sehingga 9 Mei 2018... betul? Sepanjang tempoh selepas kesemua perkara menjadi pengetahuan umum, adakah terdapat siasatan yang berkaitan dengannya?

Najib: Ya.

Muhammad Shafee: Sepanjang tempoh itu, adakah anda pada bila-bila masa menghentikan atau menghalang siasatan tersebut?

Najib: Tidak.

Saman sivil yang difailkan pada tahun 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari itu menuntut satu pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta berkenaan, selain menuntut ganti rugi atas penerimaan dengan pengetahuan, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam serta penyalahgunaan kuasa.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung pada 9 Feb ini.

Selepas prosiding perbicaraan hari ini, Muhammad Shafee berkata laporan yang diterbitkan semalam yang mendakwa Najib mengetahui bahawa wang yang dimasukkan ke dalam akaun banknya bukan berasal dari Arab Saudi.

Peguam itu berkata anak guamnya kekal dengan pendirian bahawa RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau adalah sumbangan daripada seorang kerabat Arab Saudi.

“Najib menjawab berdasarkan keputusan mahkamah sebelum ini (dalam kes jenayah) namun berdasarkan pengetahuannya sendiri, beliau masih yakin bahawa kesemua wang yang diterima - bukan hanya RM42 juta - datang dari Arab Saudi... beliau tidak pernah mengatakan bahawa beliau sudah tidak mempercayainya,” kata beliau.