Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SARA 2026: Semakan Kelayakan, Kategori Penerima & Jadual Tarikh Bayaran
Pada 5 Januari 2026 (Isnin), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM200 yang diberikan secara bulanan kepada golongan miskin akan dikreditkan seawal 9 Januari ini.
Sementara penghargaan SARA RM100 secara one-off kepada golongan 18 tahun ke atas juga diberikan pada 2026. Sehubungan itu, ramai yang sudah mula sibuk menyemak taikh pembayaran dan semakan kelayakan.
Hari ini, SK akan berkongsikan apa yang anda perlu ketahui mengenai SARA 2026 ini di bawah.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan.
Untuk makluman, permohonan SARA tidak perlu dilakukan. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data miskin tegar dan miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2025 dan diperluas kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan SARA bagi Miskin Tegar dan Miskin eKasih
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
Kelayakan SARA bagi STR 2026
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

Semakan kelayakan SARA 2026 boleh dilakukan melalui portal MyKasih dan MySTR.
MyKasih
1. Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
2. Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
3. Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar.
MySTR
1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
2.. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan (buat pendaftaran bagi yang tiada akaun)
3. Klik menu “Semakan Permohonan”
4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.


Untuk makluman, baki kredit SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya dalam tahun yang sama. Semoga bermanfaat
Sumber: Sara.gov.my, LHDN