Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar

Iqbal Yasir
ahli politik singapura puji anwar
Gambar: Bernama, Derrick Sim

Ahli Politik Singapura Puji Kepimpinan PM Anwar

Ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim memuji kepimpinan yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengurusan pentabiran Malaysia.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasmi miliknya, beliau menyifatkan Anwar sebagai antara Perdana Menteri terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sejak sekian lama.

Mengulas lebih lanjut, lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) serta pengukuhan nilai Ringgit berbanding Dolar Singapura (SGD) membukti prestasi ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang sihat di bawah pimpinan Anwar.

Dalam kenyataan itu juga, Derrick turut berseloroh meminta Perdana Menteri agar tidak bekerja terlalu keras.

“Saya cuma minta boleh bertenang sikit. Jangan kerja kuat sangat.

“Baru dua minggu lepas, kadar pertukaran SGD kepada Ringgit sekitar 3.18, sekarang sudah 3.15. Kalau Ringgit terlalu kuat, nanti orang Singapura datang Malaysia pesan roti canai kosong sahaja, lepas itu terus balik. Ramai antara kami masih berjimat cermat.

“Bertenang..PM. Perlahan dan konsisten pasti membawa kejayaan,” selorohnya.

Meskipun media arus perdana (Singapura) kurang memberikan perhatian tentang isu ini, beliau memperingatkan FDI Malaysia telah melonjak sebanyak 47 peratus sepanjang tahun ini sahaja, melibatkan aliran masuk pelaburan bernilai berbilion ringgit.

Menurutnya, dalam dekad ini merupakan peluang besar buat Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya di rantau ini.

“Syarikat-syarikat multinasional global kini sedang memindahkan rantaian bekalan mereka secara besar-besaran keluar dari China dan Malaysia muncul sebagai destinasi pelaburan yang seimbang serta strategik.

“Kos di Malaysia tidak semahal Singapura, tetapi lebih stabil dan boleh dipercayai dari segi institusi berbanding Vietnam.

“Ditambah pula dengan ekosistem semikonduktor yang sudah matang, Malaysia menjadi destinasi yang sangat menarik,” katanya.

Bahkan, beliau menyatakan Malaysia mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berkembang lebih pesat.

BACA: Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

“Jadi, jangan terkejut jika nilai Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Singapura (SGD), berpotensi memasuki julat RM3 atau dibawah paras RM3 dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Pada masa yang sama, Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) sedang melonggarkan dasar monetari, yang menambah tekanan ke bawah terhadap dolar Singapura.

“Dengan kedua-dua faktor ini bergerak serentak, Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding SGD” katanya lagi.

Sumber: Facebook Derrick Sim