Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: ImageFX
Kembar Seiras Tapi Cap Jari Tak Sama, Ini Penjelasan Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Azzwin

Kembar Seiras Tapi Cap Jari Tak Sama, Ini Penjelasan Saintis Yang Ramai Tak Tahu

Ramai yang beranggapan bahawa kembar seiras ialah dua individu yang benar-benar sama dalam hampir semua perkara.

Wajah, suara, cara berjalan, malah gaya berpakaian pun kadang-kadang sukar dibezakan.

Namun, di sebalik persamaan yang begitu ketara, sebenarnya terdapat banyak perkara kecil yang membezakan mereka.

Justeru, kali ini SK akan mengupas satu fakta saintifik tentang mengapa kembar seiras tidak mempunyai corak cap jari yang sama walaupun dilahirkan dengan DNA yang serupa.

Sejarah penggunaan cap jari

Menurut portal BBC Science Focus, pada penghujung abad ke-19, doktor dan saintis mula mendapati bahawa corak pada jari seseorang bukan sahaja unik, malah tidak berubah sepanjang hidup.

Difahamkan, inilah sebab cap jari sangat sesuai digunakan untuk mengenal pasti seseorang.

Tidak lama kemudian, cap jari mula digunakan untuk menangkap penjenayah dan hingga hari ini ia masih penting dalam siasatan jenayah.

Kredit: ImageFX

Hasil kajian mendapati kebarangkalian dua individu mempunyai cap jari yang benar-benar sama secara kebetulan dianggarkan kurang daripada satu dalam 64 bilion.

Berdasarkan kebarangkalian ini, para penyelidik mengira bahawa ia akan mengambil masa lebih daripada satu juta tahun untuk dua individu dengan cap jari yang sama muncul secara kebetulan.

Cap jari kembar seiras

Portal BBC Science Focus turut menjelaskan bahawa kembar seiras yang berkongsi DNA yang sama dan mempunyai rupa hampir serupa juga mempunyai cap jari yang berbeza.

Difahamkan, ini kerana cap jari bukan hanya dipengaruhi oleh genetik, tetapi juga oleh keadaan dalam rahim semasa bayi sedang membesar.

Selain itu, cap jari juga mula terbentuk antara minggu ke-13 hingga ke-19 kehamilan.

Kredit: ImageFX

Bentuk pusaran dan garis pada jari dipengaruhi oleh banyak perkara seperti kedudukan bayi dalam rahim, panjang tali pusat, aliran darah, pemakanan dan kadar pertumbuhan jari.

Perbezaam kecil ini akan menghasilkan corak cap jari yang berlainan. Selepas lahir, perbezaan berat dan ketinggian juga boleh menambah lagi perbezaan ini.

Walaupun cap jari kembar seiras lebih mirip berbanding orang biasa, pakar forensik dan perisian moden masih boleh membezakan mereka.

Menariknya, cap jari bukan hanya dimiliki oleh manusia.

Haiwan seperti cimpanzi dan gorila juga mempunyai garis pada hujung jari yang unik. Malah koala, walaupun bukan saudara dekat manusia, turut mempunyai cap jari yang sangat mirip dengan manusia.

BACA: “Scroll” Tanpa Henti, Ini 5 Cara Berkesan Untuk Atasi Ketagihan Telefon

Sumber: BBC Science Focus