Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Trump Pertimbang Kemungkinan Tindakan Ketenteraan Terhadap Iran
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad mendedahkan bahawa beliau kini sedang mempertimbangkan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran.
Menurut AFP, Trump membuat kenyataan itu susulan laporan berhubung tindakan kekerasan hingga meragut nyawa terhadap penunjuk perasaan antikerajaan di negara itu.
“Nampaknya, ia kelihatan seperti ke arah itu,” kata Trump ketika ditanya wartawan di atas pesawat Air Force One sama ada Iran telah melangkaui ‘garisan merah’ yang ditetapkan beliau sebelum ini berhubung tindak terhadap penunjuk perasaan.
“Kami sedang menelitinya dengan amat serius. Pihak tentera sedang memantau keadaan dan kami sedang melihat beberapa pilihan yang sangat tegas. Kami akan membuat keputusan kelak,” katanya.
Berita lanjut menyusul
Sumber: AFP