Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
pasport malaysia
Kredit: Bernama
Tiada Kategori
Pasport Malaysia Ke-9 Paling Berkuasa Dunia

Sofea

Pasport Malaysia Ke-9 Paling Berkuasa Dunia

Pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-9 paling berkuasa di dunia dengan akses bebas visa ke 180 buah negara.

Menerusi senarai yang dikeluarkan dalam Henley Passport Index 2026, Malaysia mendahului Amerika Syarikat yang berada di kedudukan ke-10.

Kedudukan Malaysia ini lebih baik dari tahun sebelum ini yang berada di tempat ke-12.

Dalam pada itu, Singapura berada di tempat pertama dengan akses bebas visa ke 192 buah negara.

Jepun dan Korea Selatan pula berkongsi tempat kedua dengan akses ke 188 buah negara.

Manakala, Denmark, Luxembourg, Sepanyol, Sweden dan Switzerland berada di tempat ketiga dengan pelepasan bebas visa ke 186 buah negara.

BACA: Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia

Sementara itu, tempat keempat pula menyaksikan ia diduduki oleh Austria, Belgium, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Ireland, Itali, Belanda dan Norway dengan akses ke 185 buah negara.

Tempat kelima ialah negara Hungary, Portugal, Slovakia, Slovenia dan Emiriah Arab Bersatu dengan akses ke 184 negara.

Di tangga keenam, Croatia, Czechia, Estonia, Malta, New Zealand dan Poland berkongsi kedudukan. Akses bebas visa adalah sebanyak 183 buah negara.

Bagi tempat ketujuh, ia dihuni oleh Australia, Latvia, Liechtenstein dan United Kingdom dengan akses ke 182 negara.

Di samping itu, tempat kelapan pula diperolehi oleh Kanada, Iceland dan Lithuania dengan akses ke 181 negara.

Untuk pengetahuan, Henley Passport Index menyenaraikan pasport dunia mengikut bilangan destinasi yang boleh diakses oleh pemegangnya tanpa visa.

Indeks ini adalah berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia merangkumi 199 pasport berbeza dan 227 destinasi pelancongan. Indeks yang dikemas kini setiap bulan ini dianggap sebagai alat rujukan standard untuk warga global dan negara berdaulat apabila menilai kedudukan pasport dalam spektrum mobiliti global.

Sumber: Henley Global