Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Le Méridien Kuala Lumpur menjemput tetamu untuk menyambut bulan Ramadan dengan bufet Sajian Santapan Rasa Warisan di restoran Latest Recipe. Bufet ini menampilkan lebih 200 hidangan tempatan dan antarabangsa yang dikurasi oleh Chef Budiman bersama pasukannya yang memenangi pelbagai anugerah.

Barisan menu tahun ini mengetengahkan citarasa Malaysia yang dikenali ramai dengan sentuhan moden, di samping pelbagai hidangan antarabangsa yang digemari. Daripada resipi keluarga hingga stesen masakan secara langsung serta hidangan istimewa, bufet ini direka untuk menyatukan tetamu dalam suasana santai dan meriah.
Hidangan Istimewa Ramadan
Tumpuan utama bufet, nikmati Daging Kisar perap yang dibakar perlahan dengan rapi menggunakan rempah ratus ‘homemade’ dan pes aromatik. Dihasilkan dengan 70% daging kisar premium, 20% lemak dan 10% bahan berasaskan tumbuhan, hidangan ini dihidangkan bersama jeruk kobis, sos cili bawang putih, mayonis telur, kerepek keju popiah dan sos lada hitam untuk rasa yang lebih kaya.

Hidangan Istimewa Lain
Daging Hirisan, Perut, Tulang Rusuk dan Urat Lembu direbus perlahan dengan pes cili dan rempah asli buatan sendiri
Gulai Merah Berlado dengan terung telunjuk, daun jeruk, asam dan santan berkrim
Ayam Serai Perap dalam kuah kuning buah keras dengan pes cili salai dan jus limau
Kuzi Kambing dengan daun pudina segar, susu gajus dan pes bawang goreng
Maggie Ketam Pantai Merdeka dengan sambal menangis dan choq kepiting
Mi Kari dengan wonton udang dan sup mi bebola ikan Ipoh
Selain hidangan-hidangan ini, tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan masakan Malaysia, hidangan antarabangsa dan pencuci mulut yang menarik. Daripada stesen ABC dan cendol secara langsung, sos coklat dengan buah segar, Pandan Crème Caramel, kuih-muih tradisional dan biskut Raya, hingga Bubur Cha-Cha, Bubur Durian dengan gulungan pancake dan puding roti dengan pisang karamel, banyak lagi menanti untuk dicuba.

Tidak cukup dengan itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan eksklusif dengan kad kredit terpilih serta keahlian Club Marriott, menjadikan ini peluang sempurna untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan bagi pengalaman makan malam Ramadan yang bermakna. Untuk pengalaman menjamu selera yang lebih peribadi, Ruang Makan Tertutup turut tersedia untuk pengalaman lebih eksklusif.

Penjimatan 15% untuk ahli Marriott Bonvoy, Club Marriott dan kad kredit terpilih. Tidak termasuk harga early bird.

Penjimatan 35% untuk ahli Club Marriott dan sehingga 40% untuk kad kredit terpilih.
Tempahan mengikut tarikh pilihan boleh dibuat di mulai sekarang di https://bit.ly/FoodandBeverageOffers_Sevenrooms atau hubungi pasukan kami melalui WhatsApp di +6012–602 1367 atau e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.
Ikuti laman media sosial Le Méridien Kuala Lumpur di Instagram and Facebook untuk kemas kini yang terkini, paparan di sebalik tabir dan pengumuman istimewa sepanjang musim perayaan.

Majlis Peribadi Berbuka Puasa dan Hari Raya di Ruang Acara Hotel
Le Méridien Kuala Lumpur menyediakan ruang untuk majlis yang luas dan elegan, sesuai untuk acara korporat atau peribadi. Clarke Ballroom boleh menampung sehingga 300 tetamu dan dilengkapi pentas untuk pembentangan atau sebarang persembahan.
Pakej termasuk:
Bufet makan malam tradisional dan antarabangsa
Pelbagai pilihan minuman untuk berbuka puasa
Bilik majlis peribadi untuk suasana tenang dan eksklusif

PERCUMA : Sistem Pengumuman Awam (PA System) dengan 2 mikrofon
PERCUMA : Bilik penggunaan siang dari 3:00 petang hingga 8:00 malam
(minimum 200 tetamu)
PERCUMA : Skrin LED untuk suasana yang sempurna
Harga : RM250 nett seorang
Untuk pertanyaan atau tempahan, hubungi +603 2263 7888 atau e-mel [email protected]

Pakej Bilik dan Makan: Menginap, Menikmati Hidangan dan Menghargai Kebersamaan
Tingkatkan pengalaman Ramadan anda dengan percutian santai di Le Méridien Kuala Lumpur. Terletak strategik di KL Sentral, hotel kami menawarkan bilik bergaya, sajian bertaraf anugerah dan akses mudah ke tarikan tempatan. Hanya 10 minit dari Masjid Negara, para tetamu boleh menunaikan solat Tarawih dan kembali berehat dengan selesa bersama insan tersayang.
Pakej Termasuk:
Kredit makan RM100 nett bagi setiap penginapan, boleh ditebus untuk hidangan dalam bilik atau di mana-mana restoran istimewa kami termasuk Latest Recipe, PRIME, Gastro Sentral dan Latitude 03
Sarapan atau sahur untuk memulakan hari dengan segar dan bertenaga
(Kredit makan boleh digunakan bersama tawaran Marriott Bonvoy, Club Marriott dan kad kredit terpilih.) Le Méridien Kuala Lumpur komited terhadap kelestarian melalui praktis cekap tenaga, pengurangan sisa makanan dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV), cara bertanggungjawab untuk meraikan bulan mulia.
Tempah terus sekarang di www.lemeridienkualalumpur.com