Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

1 Daripada 3 Kanak-kanak Di Malaysia Berisiko, Ini Antara Tanda Anak Kekurangan Zat Besi

Amira

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa nak beri yang terbaik untuk anak-anak baik dari segi kesihatan, keselesaan sehinggalah pendidikan. Tapi, kadang-kadang tanpa sedar, ada perkara yang kita terlepas pandang.

Contohnya bab makan. Puas pujuk, berkejaran keliling rumah nak suap, tapi anak makan dua tiga suap sahaja. Bila timbang, berat tak banyak berubah. Pergi jalan-jalan pun orang tegur, “Eh, kenapa anak makin kurus?”

Sampailah satu hari anak nampak lesu. Bila bawa ke klinik dan buat ujian darah, rupanya haemoglobin rendah sebab kekurangan zat besi.

Bahaya Kekurangan Zat Besi Pada Kanak-Kanak

Berdasarkan kajian, 1 daripada 3 kanak-kanak Malaysia berisiko mengalami anemia, di mana kekurangan zat besi adalah punca paling biasa. Kekurangan zat besi ini bukan saja buat anak nampak lesu dan kurang aktif, tapi juga boleh menyebabkan masalah yang lain antaranya,

  • Kurang selera makan

  • Berat badan susah naik

  • Cepat letih dan nampak pucat

  • Daya tumpuan menurun

  • Perkembangan IQ lebih perlahan berbanding rakan sebaya

Bila zat besi tak cukup, anak akan kurang selera makan, sekaligus tak dapat kalori dan nutrien secukupnya. Hal ini lah yang akan mengganggu tumbesaran mereka. Malah, kajian dapati anak-anak yang menghidap anemia akibat kekurangan zat besi cenderung mempunyai 13 peratus IQ lebih rendah berbanding rakan sebaya.

Sumber Zat Besi Yang Ibu Bapa Boleh Cuba

Untuk pastikan anak mendapat zat besi mencukupi, ibu bapa boleh beri anak-anak sayuran hijau seperti bayam, daging merah, ayam ataupun kerang.

Selain itu, susu formula juga boleh jadi pelengkap nutrisi harian anak. Tak semestinya susu mahal, yang penting cukup khasiat. Contohnya, Dumex Dugro yang diformulasikan khusus mengikut peringkat usia anak.

Diperkaya dengan Zat Besi Aktif, Dumex Dugro membantu menyokong 3 kali penyerapan* untuk perkembangan menyeluruh anak. Selain tu, susu ni ada 21 vitamin & mineral penting untuk tumbesaran serta DHA yang tinggi untuk bantu sokong perkembangan otak.

Bukan tu je, Dumex Dugro tanpa gula sucrose selain diformulasi sesuai mengikut peringkat usia anak-anak.

Baru-baru ni, jenama susu kanak-kanak Dumex Dugro adakan kempen Generasi Kuat Zat Besi bagi meningkatkan kesedaran tentang kekurangan zat besi di kalangan kanak-kanak.

Bertempat di LG West Wing, IOI City Mall Putrajaya, ada pelbagai aktiviti menarik tersedia untuk anak-anak termasuk saringan pengambilan zat besi dan anemia percuma untuk kanak-kanak, game pendidikan dan hadiah menarik dengan pembelian produk Dumex Dugro.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri semasa majlis pelancaran berkata, masalah anemia kekurangan zat besi (IDA) dalam kalangan kanak-kanak bukan sekadar masalah kesihatan, tetapi cabaran ekonomi dan pembangunan.

“Kanak-kanak yang mengalami anemia kekurangan zat besi menghadapi risiko kognitif yang tidak dapat dipulihkan. Kerjasama kami dengan Danone menekankan keperluan mendesak untuk tindakan dasar segera,” katanya semasa majlis pelancaran pada Rabu.

Danone sumbang susu Dumex Dugro untuk kanak-kanak kurang mampu

Sejak 2023, Danone giat bekerjasama dengan pelbagai agensi di bawah KPWKM untuk meningkatkan kesedaran mengenai anemia kekurangan zat besi (IDA) di seluruh negara selain membantu menyediakan bantuan nutrisi bersasar kepada kanak-kanak kurang berkemampuan.

Dalam inisiatif ini, Danone dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) mengedar produk Dugro bagi memerangi anemia dalam kalangan kanak-kanak dan memastikan akses saksama terhadap nutrisi penting.

zat besi anemia
Galeri Kuat Zat Besi Dugro dirasmikan oleh Profesor Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, Encik Koh Kok Meng, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, dan Puan Azliza Azamel.
zat besi anemia

Pengunjung berpeluang menelusuri cerita inspirasi di program ‘Galeri Kuat Zat Besi’ yang memaparkan kisah hidup pempengaruh terkenal Mek Yun dan Atlet Paralimpik Negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

‘Galeri Kuat Zat Besi’ itu juga akan memaparkan kisah Ahli Bioteknologi dan Sains Komunikator, Dr. Mahaletchumy Arujunan, Jurutera Nanoteknologi, Fakhirah Khairuddin dan Dion Das (Little Bornean Birdie) sebagai inspirasi buat orang ramai.

Bermula dari 20 hingga 24 Ogos, kempen ni bertujuan memberi kesedaran mengenai masalah anemia kekurangan zat besi dalam kalangan anak-anak.

zat besi anemia

Pengunjung juga berpeluang mendengar perkongsian pakar selain menjalani saringan percuma anemia kekurangan zat besi dan menilai pengambilan zat besi kanak-kanak.

Inisiatif Generasi Kuat Zat besi ini bukan sekadar kempen biasa, tapi inisiatif penting untuk menyiapkan ibu bapa dengan pengetahuan bagi melindungi kesihatan anak-anak serta generasi akan datang di Malaysia.

Jom, mulakan langkah pertama untuk pastikan anak cukup zat besi dan membesar dengan sihat.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.dugro.com.my/bm/ida/Saringan-Pengambilan-Zat-Besi.html