Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
10 barang daiso
Kredit: Mezalna
Tiada Kategori

10 Barang Daiso Perlu Anda Miliki, Murah Tapi Sangat Berguna

Azizah Najib

10 Barang Daiso Perlu Anda Miliki, Murah Tapi Sangat Berguna

Tak dinafikan, kunjungan ke kedai serbaneka yang penuh dengan pelbagai alatan rumah dan keperluan diri sudah tentu membuatkan kita rambang mata. Segala produk yang ditawarkan tiba-tiba nampak berguna dan menjadi keperluan asas biarpun selama ini kita tidak pernah tahu kewujudan alatan ini.

Daripada barang dapur, produk pembersihan hingga ke keperluan berkebun, Daiso sememangnya syurga buat pencinta barangan praktikal. Segala peralatan ditawarkan dengan harga mampu milik dan berfungsi dalam memudahkan kerja harian.

Kali ini, SK kongsikan 10 barang menarik dan terbukti berguna yang anda wajib beli ketika berkunjung ke Daiso. Ikuti senarai barang pilihan pengguna TikTok yang menggunakan nama Mezalna berikut.

Pembersih Air Elektrolit Alkali

Mengikut label produk, pembersih ini boleh membersihkan kotoran degil seperti minyak dan kesan melekit di kawasan dapur anda. Produk ini disarankan untuk kegunaan dapur terutamanya dapur gas, hud dan sinki. Begitu juga barangan elektrik seperti ketuhar gelombang mikro dan permukaan seperti jubin dan meja.

pencuci alkali daiso
Kredit: Mezalna

Untuk pengetahuan anda, pencuci yang menggunakan air elektrolit alkali dengan pH yang tinggi mampu melarutkan minyak dan kotoran tanpa bahan kimia yang kuat. Malah, kebanyakan pencuci keluaran Jepun juga tidak menggunakan bahan pencuci beracun jadi ia selamat digunakan di kawasan dapur.

Pembersih Serba Guna Asid Sitrik

Pembersih ini sesuai digunakan untuk membersih kesan air degil, karat yang ringan, sisa sabun dan kesan kapur atau garam air. Berdasarkan label produk, pembersih ini sesuai untuk membersih sinki, paip, cerek elektrik, tandas atau bilik mandi.

pencuci asid sitrik daiso
Kredit: Mezalna

Asid sitrik merupakan bahan semula jadi dari lemon yang selamat dan tidak bersifat toksik. Ia berkesan untuk melarutkan mineral dan kapur, jadi produk ini sesuai untuk membersihkan kawasan yang kerap terkena air.

Semburan Penghapus Kulat

Produk ini sesuai digunakan untuk menghilangkan kulat, acuan dan kesan hitam yang terhasil akibat kelembapan. Anda disarankan menggunakan produk ini ketika mencuci bilik air, jubin, celahan simen, langsir mandi atau permukaan yang lembap.

pencuci kulat daiso
Kredit: Mezalna

Apa yang menjadikan produk Daiso ini lebih berkesan ialah ciri khasnya yang berbuih. Pembentukan buih dapat membantu cecair pencuci melekat lebih lama pada permukaan yang menegak. Malah, produk ini mengandungi agen peluntur atau antibakteria yang mampu membunuh dan menghalang pertumbuhan semula kulat.

Anda perlu membiarkan semburan buih pada permukaan selama lima hingga 30 minit, bergantung kepada tahap kotoran atau ketebalan kulat sebelum membilas.

Pencuci Khas Wanita

Pencuci ini pula dirumus khas bagi membersihkan pakaian dalam wanita khususnya bagi menghilangkan kesan tompok darah haid, kekotoran dari keputihan dan apa sahaja kotoran yang keluar dari bahagian sulit.

Kredit: Mezalna

Menariknya, pencuci ini tidak mengandungi pewarna, pewangi dan bersifat lembut terhadap kain halus. Untuk menggunakannya, anda boleh rendam dahulu pakaian dalam dengan pencuci ini sebelum cucian utama.

Titiskan sedikit pencuci terus pada bahagian kotoran dan gosok dengan lembut. Selepas itu, biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Anda boleh juga terus mencuci seperti biasa selepas rendaman.

Pencuci Khas Alatan Bersolek

Jika anda ingin mencuci berus solek, anda boleh gunakan pencuci berbotol biru manakala jika anda ingin mencuci span dan paf solekan, gunakan pencuci botol berbotol merah jambu.

pencuci alat solek daiso
Kredit: Mezalna

Pencuci alat solek berbotol biru berfungsi menghapuskan sisa kosmetik dan kuman tanpa merosakkan bulu berus. Pencuci alat solek berbotol merah jambu pula berfungsi menghapuskan sisa krim asas, sahap noda (concealer) dan minyak.

Alat Pencuci Berus Solekan

Alat yang diperbuat daripada silikon ini mempunyai permukaan bergaris dan berbintik untuk kegunaan membersihkan pelbagai jenis berus.

Kredit: Mezalna

Untuk menggunakan alat ini, titikkan terlebih dahulu pencuci berus Daiso pada berus yang dibasahkan. Kemudian, gosok berus dengan lembut pada alat pencuci. Apabila segala sisa solekan sudah bersih, bilas berus menggunakan air bersih dan keringkan.

Penyepit Keluli Tahan Karat

Kredit: Mezalna

Selain untuk kegunaan bersolek, penyepit ini mempunyai pelbagai fungsi lagi. Antaranya amat berguna untuk mengambil benda kecil seperti komponen elektronik, manik dan lain-lain. Malah, penyepit ini juga berguna buat anda yang mempunyai hobi pasang-memasang peralatan, miniatur dan kit model. Bukan itu sahaja, penyepit ini juga boleh digunakan di dapur bagi mereka yang suka menghias hidangan seperti di hotel-hotel dan restoran kayangan.

Alat Penanggal Bintik Hitam

Alat keluaran Daiso ini sesuai digunakan untuk mengeluarkan bintik hitam dan bintik putih.

Kredit: Mezalna

Caranya mudah saja. Sapu cecair penanggal bintik hitam pada kulit hidung, dagu atau mana-mana bahagian muka yang pori tersumbat, kemudian tekan dengan alat ini menggunakan bahagian gelung. Pastikan anda membersihkan dahulu alat ini sebelum digunakan dan elakkan menekan terlalu kuat.

Serbuk Pembeku Minyak Masak

Serbuk ini berfungsi membekukan minyak masak supaya lebih mudah dibuang. Dengan menggunakan serbuk ini, tiada lagi minyak masak yang terbuang dalam sinki sehingga menyebabkan sinki dapur anda tersumbat.

Kredit: Mezalna

Tabur sahaja sedikit serbuk ke dalam minyak masak yang sudah sejuk sedikit, kemudian tunggu beberapa minit. Anda akan dapat melihat minyak masak perlahan-lahan mengeras seperti agar-agar. Apabila minyak masak sudah mengeras, cedok dan buang ke dalam tong sampah.

Berus Penyiring Periuk

Bagi anda yang biasa merebus stok atau memasak sup, sudah tentu anda tahu proses ini akan menghasilkan buih atau mengeluarkan ‘kotoran’ halus dari bahan mentah masakan. ‘Kotoran’ ini bukan bermaksud sup menjadi kotor dan tidak selamat dimakan, ia hanyalah ketulan halus protein yang terikat bersama lemak dan selamat dimakan. Namun kebiasaannya, ada antara kita lebih gemar membuang ketulan protein ini untuk menjadikan sup yang dihidang tidak keruh dan kurang menyelerakan.

Kredit: Mezalna

Berus penyiring ini berfungsi untuk menghilangkan buih, lemak atau ketulan protein tadi, termasuk minyak yang ada di permukaan sup. Berus ini diperbuat daripada plastik tahan panas dan berbentuk seperti kipas jadi ia mudah untuk digunakan. Pemegang logam turut disediakan bagi mereka yang ingin memasang berus ini pada pemegang.

Hanya sapukan perlahan-lahan berus pada permukaan sup untuk mengumpul buih atau minyak, kemudian angkat dan buang sisa yang melekat.

Semoga senarai barang Daiso ini memberi manfaat buat anda.

Sumber: Mezalna

BACA: Lelaki Borak Dengan Budak Korea Cuit Hati Ramai, “Macam Ayam & Itik”

BACA: Masih Berbisa, Minah Saleh Teruja Beli Kereta Kelisa Terpakai