Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

10 Hospital Malaysia Paling Diserbu Rakyat Indonesia
Malaysia kini muncul sebagai antara destinasi pilihan rakyat Indonesia yang ingin mendapatkan rawatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.
Fenomena ini bukan sekadar trend, sebaliknya satu keperluan yang didorong oleh kualiti perkhidmatan kesihatan yang tinggi, kos yang berpatutan serta akses yang mudah.
Selain lokasinya yang dekat dengan Indonesia, Malaysia turut memiliki rangkaian perkhidmatan kesihatan swasta terbesar di Asia, iaitu IHH Healthcare Malaysia, dengan hospital moden yang meliputi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Rangkaian ini cemerlang dalam pelbagai bidang seperti jantung, kanser, ortopedik (tulang), saraf, robotik, pencernaan serta kesihatan wanita dan kanak-kanak.
Bagi pesakit antarabangsa termasuk dari Indonesia, IHH Healthcare menyediakan perkhidmatan International Patient Centre (IPC) yang merangkumi jemputan percuma dari lapangan terbang atau pelabuhan, bantuan mengatur temu janji doktor, anggaran kos rawatan serta kakitangan yang boleh berbahasa Indonesia.
1. Gleneagles Hospital Penang
Dikenali sebagai destinasi utama perubatan di Malaysia, hospital ini menawarkan perkhidmatan cemerlang dalam bidang kanser, jantung dan tulang. Disokong doktor subkepakaran berpengalaman serta fasiliti moden, ia memberikan pengalaman rawatan yang selesa dan diyakini.
2. Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur menawarkan pemeriksaan kesihatan komprehensif melalui Health Screening Centre dengan kemudahan moden dan pasukan perubatan berpengalaman. Ia turut dilengkapi teknologi robotik serta pusat jantung untuk kes kompleks.
3. Gleneagles Hospital Johor
Terletak strategik berhampiran Kepulauan Sumatera, hospital ini pakar dalam rawatan jantung, kanser, ortopedik dan saraf.
Hal ini kerana ia dilengkapi teknologi robotik serta Comprehensive Cancer Centre.
Selain itu, Gleneagles Hospital Johor menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan dan pembedahan canggih termasuk pembedahan jantung dan penggantian lutut berbantukan robot.
4. Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Tahukah anda, Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan tujuh perkhidmatan klinikal utama dan 48 kepakaran perubatan termasuk urologi, jantung, ortopedik, pediatrik dan THT.
Hospotal ini turut menawarkan pakej pemeriksaan kesihatan dengan harga berpatutan, sesuai untuk pesakit Indonesia yang mahukan perkhidmatan lengkap.
5. Island Hospital Penang
Island Hospital Penang merupakan antara pilihan utama untuk pesakit mendapatkan perubatan dengan teknologi terkini dan layanan mesra.
Dikenali dengan pemeriksaan kesihatan yang pantas dan lengkap dengan keputusan boleh diperoleh dalam masa sehari. Hospital ini turut diiktiraf sebagai Flagship Medical Tourism Hospital oleh Malaysia Healthcare Travel Council.
6. Pantai Hospital Penang
Pantai Hospital Penang hadir sebagai pusat perkhidmatan kesihatan dengan pelbagai kepakaran termasuk jantung, kanser, saraf, tulang dan rawatan strok.
Ia turut menawarkan pakej pemeriksaan kesihatan fleksibel seperti Wellness Profile untuk pengesanan awal menyeluruh.
7. Pantai Hospital Kuala Lumpur
Sejak 1974, Pantai Hospital Kuala Lumpur menjadi ikon kesihatan di Malaysia.
Ini kerana hospital ini cemerlang dalam kes rawatan kanser, jantung, tulang, saraf dan kesihatan wanita.
Pantai Hospital Kuala Lumpur dilengkapi Gamma Knife serta pusat kanser harian, khususnya bagi kanser payudara dan serviks.
8. Pantai Hospital Melaka
Terletak di Melaka yang merupakan destinasi warisan dunia, hospital ini menjadi pilihan pesakit antarabangsa termasuk dari Indonesia.
Ia menyediakan perkhidmatan IPC yang membantu pesakit dari pendaftaran hingga pemeriksaan, dengan sokongan teknologi moden dan layanan mesra.
9. Prince Court Medical Centre
Terletak kira-kira lima minit dari pusat bandar Bukit Bintang, pusat perubatan ini menawarkan perkhidmatan komprehensif dengan teknologi robotik dan layanan bertaraf lima bintang.
Kepakaran merangkumi ortopedik, kanser, jantung, saraf, buah pinggang serta kesihatan wanita dan kanak-kanak.
10. Timberland Medical Centre
Terletak di Kuching Sarawak, hospital ini menawarkan lebih 70 pakar berpengalaman termasuk dalam bidang anestesiologi jantung, dermatologi, penyakit dalaman, pencernaan, saraf, pediatrik dan pelbagai lagi.