Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Maut, 251 Cedera, Akibat Kebocoran Gas Kimia Di Pelabuhan Jordan

Sofea
kebocoran gas kimia
Gambar Via BNO News

AMMAN, 28 Jun (Bernama) — Kebocoran gas kimia berpunca daripada sebuah kontena di pelabuhan Aqaba, Jordan menyebabkan sepuluh orang maut manakala 251 lagi cedera, lapor Xinhua memetik Direktorat Keselamatan Awam negara itu dalam satu kenyataan.

Menteri bagi Hal Ehwal Media, Faisal Shboul berkata pasukan perubatan telah dihantar ke Aqaba untuk merawat mangsa yang cedera, lapor TV Al Mamlaka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Aqaba Jamal Obeidat menggesa penduduk supaya kekal berada dalam rumah dan menjauhi kawasan berkenaan.

Perdana Menteri Jordan, Bisher Khasawneh menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat insiden itu.

Pasukan yang diketuai Menteri Dalam Negeri Mazen Faraya akan mengambil kira semua langkah yang perlu, kata perdana menteri itu dalam satu kenyataan.

Sumber: BERNAMA