Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

131 Individu Jalani Kuarantin Wajib Lepas Pulang Dari Luar Negara Disahkan Positif Covid-19 Setakat Ini

Gambar Hiasan via Bernama

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan bahawa seramai 131 rakyat Malaysia yang baru pulang daripada luar negara dan dikuarantin secara wajib disahkan positif Covid-19.

“Saya ingin memaklumkan bahawa sehingga kini terdapat seramai 131 individu yang pulang dari luar negara yang dikuarantin secara wajib telah disahkan positif COVID-19.

Menerusi sidang media perkembangan terkini berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan sebentar tadi, beliau menyatakan bahawa langkah kerajaan mewajibkan rakyat Malaysia yang baru pulang daripada luar negara dikuarantin adalah satu langkah pencegahan yang tepat.

“Tindakan kita mengkuarantinkan secara wajib rakyat kita yang pulang dari luar negara itu sebenarnya mampu untuk membendung penularan covid-19 dan mengekang wujudnya kluster baru iaitu kluster import,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan yang mewajibkan kuarantin bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ini adalah satu tindakan yang amat tepat sekali untuk dilakukan.

“Bayangkan kalau 131 ini kita benarkan untuk pulang untuk membuat self quarantine, saya percaya ianya akan mewujudkan satu kluster baru yang akan merebak bukan sahaja pada mereka, kepada keluarga mereka, malah masyarakat di sekitar mereka,” tegasnya.

Sumber: Bernama